Close PrintPrintable
Announcement Board
PENGISIAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) BAHAGIAN I BAGI TAHUN 2017
Category: Announcement

YH Dato’/YBhg. Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak universiti akan melaksanakan Sistem Pay for Performance (P4P) iaitu pembayaran ganjaran, imbuhan dan sebagainya berdasarkan prestasi kerja yang dicapai melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bermula 2016. Walaubagaimanapun, Sistem tersebut masih dalam peringkat proses ujicuba. Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Kali Ke-97, Bilangan 3/2016 pada 8 April 2016 telah bersetuju untuk menggunapakai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) sedia ada (dengan sedikit penambahbaikan) bagi tujuan penilaian prestasi bagi tahun 2017 sehingga Sistem tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya.

 

3.         Justeru, semua staf (kontrak, pinjaman dan tetap) perlu melengkapkan Bahagian I Sasaran Kerja Tahunan (SKT), PYD dan PPP hendaklah berbincang bersama dalam membuat penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan memasukkan maklumat perancangan di ruangan yang ditetapkan secara online.

 

4.         Proses dan Jadual Pengisian adalah seperti berikut:

PERKARA

TARIKH

TINDAKAN

Pengisian SKT oleh pegawai

09/05/2017 – 08/06/2017

Pegawai Yang Dinilai (PYD) (kontrak, pinjaman dan tetap)

Pengesahan SKT oleh Pegawai Penilai

09/06/2017 – 22/06/2017

Pegawai Penilai Pertama (PPP)

 

5.          Berikut adalah dokumen-dokumen yang berkaitan sebagai panduan tuan/puan:

a)   Manual Pengguna Sasaran Kerja Tahunan (SKT) - Sila klik

b)   Garis Panduan Umum Penetapan Pegawai Penilai - Sila klik

 

6.         Sebarang kemusykilan, sila hubungi saya Norhidayah bt. Abdul Rahim (samb:5214) atau Pn. Siti Sakinah bt. Mohtar (samb:5219). Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.



http://
Posted by NORHIDAYAH BINTI ABDUL RAHIM , JABATAN PENDAFTAR
11 MAY 2017