Close PrintPrintable
Announcement Board
PENGAMBILAN DOKUMEN PENGANUGERAHAN GRADUAN 2021
Category: Announcement

Merujuk kepada Titah Perutusan Tuanku Canselor UMP, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena Majlis Penganugerahan Diploma dan Ijazah UMP bagi tahun 2021 melalui titah rasmi daripada Istana Negara. Seri Paduka Baginda YDPA Tuanku Canselor telah memperkenankan penganugerahan Diploma dan Ijazah UMP bermula pada 13 Disember 2021.

Sila ambil maklum, graduan perlu memastikan bayaran bagi dokumen penganugerahan telah dibuat. Manakala hutang tertunggak perlu dijelaskan terlebih dahulu.

Pihak UMP telah bersetuju untuk membuat penyerahan dokumen penganugerahan ini melalui 2 kaedah berikut:

1. SECARA POS

Penghantaran dokumen penganugerahan kepada graduan 2021 secara pos. Proses penghantaran akan dibuat selepas graduan selesai mengemaskini alamat dan nombor telefon terkini di Sistem Pengesahan Maklumat Graduan.

  • Sila layari portal konvokesyen UMP di http://konvo.ump.edu.mybermula 27 Disember 2021 jam 12.00 tengahari. Sila klik di bahagian Graduation Verification System.

2. SECARA JANJI TEMU

  • Sila pilih janji temu anda. Sistem janji temu akan dibuka bermula 28 Disember 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
  • Sila pastikan anda membuat permohonan janji temu di portal konvo.ump.edu.my - klik di sini http://konvo.ump.edu.my . Klik Graduation Document -  by Appointment - klik link goggle form yang disediakan. Janji temu dibuka bermula 28 Dis 2021.
  • Permohonan janji temu kepada graduan Pascasiswazah dan UMP Advanced adalah di link berikut:
  • IPS sila tekan https://form.jotform.com/213501392710445
  • UMP Advanced sila tekan https://form.jotform.com/213498924205056
  • Anda boleh hadir sendiri atau dengan menghantar wakil. Perlu pastikan anda atau wakil telah mengambil dua (2) dos vaksin dan melepasi tempoh matang 14 hari. Patuhi SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan UMP ketika hadir janji temu.
  • Sila isi borang kenaran wakil seperti di sini:

https://community.ump.edu.my/ecommstaff/sites/default/library/folders/3827/1/BORANG_WAKIL_AMBIL_DOKUMEN_UPPKDOC_REP2021.pdf

Segala maklumat lanjut penganugerahan boleh menghubungi talian

NO

JABATAN

NOMBOR TELEFON

EMEL

1.

Pra Siswazah

09-5492550/2558

upkk@ump.edu.my.

2.

Pasca Siswazah

09 549 3201

ips.graduation@ump.edu.my

3.

UMP Advanced

09-549 3177 / 3172

professional@umpadvanced.edu.my

Sebarang pertanyaan berkaitan hutang, saman dan kompaun sila hubungi nombor berikut:

BIL

PEJABAT PENTADBIRAN

UMP PEKAN

UMP GAMBANG

EMEL                                       

1.

Bahagian Kewangan Pelajar

 

09-424 5345

09- 549 2060

 collection1@ump.edu.my 

2.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

  • Disiplin, saman, kompaun

 

09-424 5700/ 5721

09- 549 2543/ 2545

 

kebajikanpelajar@ump.edu.my

3.

Perpusatakaan

 

09- 424 5600 / 5607

09- 549 3131/ 3148

umplibrary@ump.edu.my

 

**Sila tekan sini untuk membaca keseluruhan proses kerja terlibat. Sila baca dan fahami proes yang terlibat serta kadar bayaran yang perlu diselesaikan

https://community.ump.edu.my/ecommstaff/sites/default/library/folders/3827/1/21122021_PPA_ANNOUNCEMENT_PENGANUGERAHAN_DIP_DAN_IJAZAH_DWI_BAHASA.pdf

 

Sekian, terima kasih.

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK



http://konvo.ump.edu.my
Posted by NOR SABRINA BINTI ISMAIL , JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA
05 JAN 2022