Close PrintPrintable
Announcement Board
PENERANGAN BERKENAAN JUMLAH POTONGAN PTPTN BAGI SEMESTER 1 2020/2021
Category: Announcement

Assalamualaikum wrt wbt / Salam Sejahtera

Kepada pelajar PTPTN

Perkara di atas dan pengumuman kami bertarikh 26.8.2020 dan 5.10.2020 adalah dirujuk.

Pihak kami ingin memberi penerangan berkenaan jumlah potongan PTPTN bagi Semester 1 2020/2021 seperti berikut :-

1.      Yuran pelajar bagi Semester 1 2020/2021 yang telah dicaj pada masa ini adalah tidak termasuk yuran asrama. Ini berikutan pengumuman penangguhan pelajar kembali ke kampus.

2.      Oleh itu, potongan PTPTN bagi Sem 1 2020/2021 hanya mengambilkira yuran pengajian sahaja iaitu tidak termasuk yuran asrama. Yuran pengajian (tidak termasuk asrama) seperti berikut :-

Yuran Program Bidang Kejuruteraan                          RM940

Yuran Program Bidang Teknologi Kejuruteraan         RM940

Yuran Program Bidang Teknologi                               RM1,046

Yuran Program Bidang Sains Komputer                      RM860

Yuran Program Bidang Sains Gunaan                         RM860

Yuran Sains Gunaan Analitik Data                             RM955

Yuran Program Bidang Pengurusan                            RM750

** sila rujuk yuran anda di dalam eComm Pelajar> Financial Info

3.      Bagi diskaun yuran Semester 2 2019/2020 yang telah diluluskan, pihak kami akan selaraskan dengan yuran asrama Semester 1 2020/2021 iaitu bagi pelajar yang menerima tawaran untuk menginap di asrama. Jumlah yuran asrama sebenar bagi Semester 1 2020/2021 yang akan dicaj adalah mengambilkira diskaun berdasarkan kelulusan oleh pihak pengurusan UMP. (sepertimana pengumuman di ecomm pada 5.10.2020)

4.      Bagi pelajar yang tidak menginap di asrama pada Semester 1 2020/2021 pihak kami akan membuat pulangan balik seperti berikut :-

i.                    Pelajar yang menginap di asrama Sem 2 19/20 tetapi tidak menginap asrama pada Semester 1 2020/2021 jumlah pulangan balik adalah RM225 (diskaun yuran asrama Sem 2 19/20 RM195 dan yuran aktiviti pelajar RM30)

ii.                   Pelajar yang tidak menginap di asrama pada Sem 2 19/20 dan juga pada Sem 1 2020/2021, jumlah pulangan balik adalah RM30 sahaja. (diskaun yuran aktiviti pelajar Sem 2 19/20).

iii.                 Bagi perkara 4 (i) dan (ii) ini, pihak kami akan mendapat maklumat dan pengesahan berkenaan penginapan pelajar daripada pihak JHEPA terlebih dahulu. Proses pulangan balik akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 26.10.2020.

Sekian untuk makluman semua pelajar. Kerjasama semua pelajar adalah amat dihargai.

Terima kasih.

 

JABATAN BENDAHARI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG



http://
Posted by HASNIZAM BINTI MOHAMED @ KASIM , JABATAN BENDAHARI
07 OCT 2020