Close PrintPrintable
Announcement Board
PEMAKLUMAN BERKENAAN YURAN ASRAMA SESI SEMESTER 1 2020/2021
Category: Announcement

PEMAKLUMAN BERKENAAN YURAN ASRAMA SESI SEMESTER 1 2020/2021

Assalamualaikum wrt wbt / Salam Sejahtera

Kepada semua pelajar,

Susulan daripada penangguhan kemasukan pelajar ke Kampus sepertimana arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikut adalah tatacara yuran asrama Sesi Semester 1 2020/2021 bagi SEMUA pelajar UMP :-

1.      Polisi yuran asrama tanpa pemulangan untuk Semester 1 2020/2021 akan ditangguhkan.

2.      Yuran asrama Semester 1 2020/2021 akan diberikan diskaun. Jumlah diskaun akan diputuskan oleh pihak pengurusan UMP pada satu tarikh yang akan diumumkan tertakluk kepada situasi semasa negara dan pengumuman KPT berkenaan SOP Covid19.

3.      Bagi pelajar baharu prasiswazah Diploma (Semester 0 dan 1) dan Ijazah Sarjana Muda yang telah membuat bayaran yuran asrama, pelarasan semula akan dibuat selepas jumlah diskaun diputuskan oleh pihak pengurusan UMP diumumkan.

4.      Bagi pelajar kanan prasiswazah yang telah menerima tawaran menginap di asrama, caj yuran asrama akan dikenakan selepas keputusan diskaun diumumkan. Bagi pelajar yang menerima tajaan/pinjaman seperti PTPTN, jumlah potongan yang akan dibuat adalah tidak termasuk yuran asrama. Pihak universiti akan membuat kutipan yuran asrama setelah jumlah yuran asrama telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UMP. Pelajar dinasihatkan untuk merancang kewangan dan tidak menggunakan wang tersebut sepenuhnya. Ini bagi mengelakkan sekatan dikenakan sekiranya bayaran yuran asrama tidak dijelaskan.

5.      Bagi pelajar pascasiswazah pula :-

i.                    Pelajar sedia ada yang telah menginap di asrama pada masa ini dan ingin menyambung penginapan Semester 1 2020/2021, pelajar perlu membuat permohonan secara dalam talian. Pelajar yang diluluskan penginapan akan dicajkan yuran asrama mengikut kadar sedia ada untuk 1 semester (6 bulan). Pelajar perlu membuat bayaran tersebut.

ii.                   Pelajar sedia ada yang menginap di asrama pada masa ini dan tidak lagi berminat untuk menyambung penginapan pada Semester 1 2020/2021 (Oktober 2020) dikehendaki untuk membuat proses daftar keluar. Pelajar perlu membuat bayaran yuran asrama bagi tempoh duduki sehingga daftar keluar dibuat.

iii.                 Pelajar sedia ada yang menginap di asrama pada masa ini dan tidak membuat daftar keluar, sistem akan secara otomatik akan membuat pembaharuan penyambungan semula penginapan. Pelajar akan dicaj yuran asrama untuk 1 semester (6 bulan) dan invois akan dijana. Pelajar perlu membuat bayaran yuran asrama tersebut.Sekiranya pelajar tidak mahu lagi menyambung penginapan, pelajar perlu membuat proses daftar keluar seperti yang dinyatakan di para 5 (ii) di atas.

iv.                 Bagi pelajar yang baharu memohon untuk menginap di asrama dan diluluskan permohonan tersebut akan dikenakan yuran asrama untuk 1 semester (6 bulan). Pelajar perlu membuat bayaran tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya pelajar yang telah diluluskan penginapan dan tidak dapat membuat daftar masuk pada awal semester, pelajar dikehendaki untuk mendapat pengesahan dari pihak pengurusan asrama JHEPA terlebih dahulu. Ini adalah bagi membolehkan bayaran yuran asrama tersebut ditangguhkan.

Sekian untuk makluman semua pelajar. Kerjasama semua pelajar adalah amat dihargai.

Terima kasih.

 

JABATAN BENDAHARI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

 

 

Nota : semua pelajar UMP adalah termasuk semua pelajar baharu dan kanan prasiswazah dan pascasiswazah, tempatan dan antarabangsa.



http://
Posted by HASNIZAM BINTI MOHAMED @ KASIM , JABATAN BENDAHARI
05 OCT 2020