Close PrintPrintable
Announcement Board
PAKEJ RANSANGAN EKONOMI PRIHATIN : BAYARAN BANTUAN ONE-OFF RM200 PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN SETARA
Category: Announcement

PAKEJ RANSANGAN EKONOMI PRIHATIN :

BAYARAN BANTUAN ONE-OFF RM200 PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN SETARA

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.         Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan RM200 kepada pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) dan setara melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Pemberian bantuan secara one-off ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar.

3.         Selaras dengan pengumuman tersebut, Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan kriteria pelajar yang layak menerima bantuan ini seperti berikut:-

            i) Warganegara Malaysia;

ii) Berstatus AKTIF sebagai pelajar SEPENUH MASA pada tarikh 31 MAC 2020 di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia;

iii) Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);

iv) Pelajar institusi pengajian tinggi yang setara dengan Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;

v) Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau

vi) Pelajar institusi yang mendapat pertimbangan YB Menteri Pengajian Tinggi dan YB Menteri Pendidikan Malaysia berdasarkan kriteria dan syarat kelayakan seperti di atas.

4.          Sehubungan dengan itu, Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari akan membuat penyaluran Bantuan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing selewat-lewatnya 10 Mei 2020.  Bantuan akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar sahaja. Pelajar perlu membuka akaun bank sekiranya masih belum mempunyai akaun bank sendiri.

5.         Berikut adalah senarai nama pelajar UMP yang layak menerima Bantuan One Off RM200 dan soalan Lazim (FAQ):-

i. Senarai nama pelajar yang layak (sila klik)

ii. Senarai nama pelajar yang layak tetapi tiada nombor akaun bank (sila klik)

iii. Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (sila klik)

6.         Bagi pelajar yang masih tiada nombor akaun bank di dalam rekod sistem Jabatan Bendahari seperti di para 5 (ii) di atas, sila kemaskini maklumat nombor akaun anda di :-

Sistem eComm pelajar > Financial Information > Student Ledger > Pilih Akaun Bank Islam / Lain-lain Bank > Masukkan No Akaun > Save.

7.         Maklumat akaun bank hendaklah dikemaskini selewat-lewatnya 21 April 2020 (Selasa) bagi melancarkan proses dan memastikan Bantuan dapat dikreditkan ke dalam akaun pelajar dalam tempoh yang telah ditetapkan.

8.         Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh emel kepada kami di collection1@ump.edu.myatau hubungi Pn Zehan 011-60604203 (pelajar prasiswazah) atau En Ramlee 011-39125130 (pelajar pascasiswazah)

Sekian untuk makluman semua pelajar. Kerjasama semua adalah amat dihargai.

Terima kasih.

 

 

Bahagian Kewangan Pelajar

Jabatan Bendahari

Universiti Malaysia Pahang

 

 

 

Untuk dan bagi pihak

 

Bendahari/Ketua Pegawai Kewangan

Universiti Malaysia Pahang



http://
Posted by HASNIZAM BINTI MOHAMED @ KASIM , JABATAN BENDAHARI
16 APR 2020