Close PrintPrintable
Announcement Board
Pertandingan mencipta poster kempen membaca “read@uni” anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bertemakan “with knowledge we lead”.
Category: Announcement

Pertandingan mencipta poster kempen membaca “read@uni” anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bertemakan “with knowledge we lead”.

Tarikh tutup penyertaan pada 12 oktober 2018.

Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang

Terma & Syarat penyertaan.

1. Terbuka kepada semua pelajar IPTA & IPTS.

2. Setiap peserta boleh menghantar hanya 1 penyertaan

3. Semua ciptaan mestilah asli & tidak diciplak di dalam mana mana pertandingan.

4. Poster yang dihantar tidak pernah dipertandingkan dimana  mana pertandingan.

5. Bahasa pengantara: Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris. Keutamaan dalam bahasa Melayu.

6. Keputusan juri adalah muktamad dan poster yang dipilih sebagai pemenang  akan menjadi hak milik Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Borang pertandingan perlu dilengkapkan dan dihantar bersama dengan ciptaan poster.

Spesifikasi Reka Bentuk Poster

1. Reka bentuk yang dihasilkan  bersaiz A3 (Ukuran  297mm x 420mm) dengan menggunakan perisian AI (Adobe Illustrator)/perisian lain yang bersesuaian.

2. Format penghantaran peserta kepada Urusetia adalah dalam bentuk softcopy iaitu format JPEG atau PDF.

3. Reka bentuk poster perlu mengandungi tagline”read@uni” dan “with knowledge we lead”.

4. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

*Tarikh akhir menghantar poster adalah sebelum/pada 12 Oktober 2018 melalui email kepada urusetia Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam: hani@salam.uitm.edu.my / aznurumi@salam.uitm.edu.my. Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Puan Hani Liza Norfin (03 5544 3776) / Puan Aznur Umiza Abu Kasim (03 5544 8318)



http://
Posted by ISWAN AKIM BIN ISMAIL , PERPUSTAKAAN
01 OCT 2018