Close PrintPrintable
Announcement Board
PENDAFTARAN PELAJAR PASCASISWAZAH SEMESTER 1 2018/2019 YANG MENDAPAT TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Category: Announcement

PENDAFTARAN PELAJAR PASCASISWAZAH SEMESTER 1 2018/2019 YANG MENDAPAT TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Adalah pihak kami merujuk kepada Persidangan Pengurus Program Tajaan JPA bersama Universiti Awam seluruh Malaysia pada 16 Ogos 2018.

Pihak kami ingin memohon kerjasama pelajar baharu pascasiswazah mod penyelidikan yang akan mendaftar sem 1 2018/2019 dan menerima tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)supaya membuat pendaftaran sebelum 7 Oktober 2018. (Terutama kepada pelajar baharu mod penyelidikan yang dibenarkan mendaftar sepanjang tahun).

Bagi pelajar kanan, adalah dimohon untuk membuat pendaftaran semester 1 2018/2019 mengikut jadual akademik yang telah ditetapkan oleh pihak IPS.

Ini kerana pihak JPA telah memaklumkan bahawa bagi proses penutupan akaun tahun 2018 semua tuntutan pembayaran yuran pelajar hendaklah dihantar oleh pihak universiti kepada mereka sebelum 31 Oktober 2018 bagi membolehkan pelajar layak mendapat bayaran tajaan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan hal ini, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari di talian 09-5492326 / 2330 / 2054.

Kerjasama daripada semua pelajar amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR

JABATAN BENDAHARI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

04 SEPTEMBER 2018



http://
Posted by RAMLEE BIN AB HAMID , JABATAN BENDAHARI
04 SEP 2018