Close PrintPrintable
Announcement Board
PENDAFTARAN PELAJAR PASCASISWAZAH SEMESTER 1 2018/2019 YANG MENDAPAT TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI)
Category: Announcement

PENDAFTARAN PELAJAR PASCASISWAZAH SEMESTER 1 2018/2019 YANG MENDAPAT TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI)

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Adalah pihak kami merujuk kepada Mesyuarat Isu-Isu Pembayaran Yuran dan Pengemaskinian Data bagi Pelajar-Pelajar Yang Telah atau Sedang Menerima Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) di Universiti Awam pada 2 Ogos 2018.

Pihak kami ingin memohon kerjasama pelajar baharu pascasiswazah yang akan mendaftar sem 1 2018/2019 dan menerima tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (Cth: Mybrain 15, SLAB, SLAI, HLP) supaya membuat pendaftaran sebelum 30 September 2018. (Terutama kepada pelajar baharu mod penyelidikan yang dibenarkan mendaftar sepanjang tahun).

Bagi pelajar kanan, adalah dimohon untuk membuat pendaftaran semester 1 2018/2019 mengikut jadual akademik yang telah ditetapkan oleh pihak IPS.

Ini kerana pihak KPM (PT) telah memaklumkan bahawa bagi proses penutupan akaun tahun 2018 semua tuntutan pembayaran yuran pelajar hendaklah dihantar oleh pihak universiti kepada mereka sebelum  05 Oktober 2018 bagi membolehkan pelajar layak mendapat bayaran tajaan.

Sekiranya tuntutan dihantar lewat daripada tarikh tersebut oleh pihak universiti kepada mereka, maka ianya tidak akan diperakukan dan tidak akan dibayar oleh KPM (PT) dan kesannya pihak universiti akan membuat tuntutan daripada pelajar bagi yuran Semester 1 2018/2019.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan hal ini, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari di talian 09-5492326 / 2330 / 2054.

Kerjasama daripada semua pelajar amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR

JABATAN BENDAHARI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

8 OGOS 2018



http://
Posted by RAMLEE BIN AB HAMID , JABATAN BENDAHARI
08 AUG 2018