Close PrintPrintable
Announcement Board
SUMBANGAN WAKAF BAGI PEMBINAAN KOLEJ KEDIAMAN MAWADDAH
Category: Announcement

WAKAF KOLEJ KEDIAMAN MAWADDAH

Kolej Kediaman MAWADDAH adalah satu penempatan atau kediaman yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan perlindungan kepada Mahasiswa dalam kalangan anak yatim atau Asnaf. Ia akan dibangunan diatas sebidang tanah seluas 2.0 ekar di Universiti Malaysia Pahang, Kuala Pahang , Pekan dengan kos pembinaan berjumlah RM5 juta.

Kolej Kediaman ini diinisiatifkan oleh pengurusan universiti dan telah diluluskan permohonan wakaf oleh Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada September 2016. UMP dan MUIP mengambil langkah proaktif bagi merealisasikan hasrat ini memandangkan terdapat pelajar yang mempunyai masalah kewangan serta kos sewa rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun yang perlu ditanggung oleh pelajar.

Anda boleh menyumbang melalui kaunter yang disediakan:

1.    Kaunter Wakaf Tunai (dapatkan Sijil Wakaf) - Jabatan Bendahari

2.    Kaunter Pemotongan Gaji - Jabatan Bendahari 

Atau;

Anda ingin mengkreditkan terus secara online boleh melalui portal MyGift (TABUNG WAKAF) untuk menyumbang.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Mohd Jamil Bin Mohd Ja’afar (019-9352013 / 09-424 5142) atau Encik Nursyaihan Bin Ab Halim (012-9213930 / 09-4245311)



http://
Posted by NUR SA'ADATUL AFZAN BINTI JUSOH , JABATAN CANSELERI
10 JUL 2017