Close PrintPrintable
Announcement Board
Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit peringkat Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Category: Announcement

Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit peringkat Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini kembali pada tahun 2017. Program bakal berlangsung pada 25 April 2017 bermula dari jam 11 hingga 11.10 pagi. Ayuh Warga UMP jom sertai dengan membaca selama 10 minit pada waktu dan tarikh yang terbabit di PTJ/Fakulti dan dimana sahaja lokasi anda berada.

Pihak Perpustakaan UMP mohon agar foto aktiviti terbabit dapat di email kepada umplibrary@gmail.com selepas sahaja program terbabit berlangsung. Foto yang menarik & kreatif bakal dipamer di facebook, portal Perpustakaan UMP dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).

Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit akan berjalan serentak di 14 buah negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. Program bertujuan menyemai budaya membaca di kalangan masyarakat dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari. Program juga diharapkan dapat membentuk sahsiah, pemikiran dan rupa diri masyarakat yang lebih berilmu dan mampu menggilap kemahiran yang mereka ada.



http://
Posted by ISWAN AKIM BIN ISMAIL , PERPUSTAKAAN
19 APR 2017