Close PrintPrintable
Announcement Board
Mini Karnival ‘Gaya Hidup Sihat’
Category: Promotion

JOMMM APA TUNGGU LAGI..

Mini Karnival ‘Gaya Hidup Sihat’

Pekerja Sihat, Persekitaran Selamat, Produktiviti Meningkat

Satu Program Mini Karnival akan diadakan dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran UMP Pekan, Pusat Kesihatan Pelajar, Badan Kebajikan Staf Universiti (BKSU) dan Perpustakaan UMP bagi meraikan para pekerja yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada universiti.

Antara program menarik yang telah diaturkan adalah forum ‘Pekerja Sihat, Persekitaran Selamat, Produktiviti Meningkat’. Selain itu juga terdapat jualan dan pameran buku serta jualan produk-produk yang lain dan aktiviti bersama Pusat Kesihatan Pelajar di Aras 1, Perpustakaan UMP Pekan.

Butiran Aturcara Program adalah seperti ketetapan dibawah:

 

Tajuk Forum      : Pekerja Sihat, Persekitaran Selamat, Produktiviti Meningkat

Ahli Panel            : Dr. Helmi Mat Said (PBMSK), Dr. Ahmad Ikhwan Shah Akhtar Ali (Hospital Pakar PRK MUIP), Farmasist/Pakar Permakanan serta En. Ahmad Zainuddin Mat Husin (Pentadbiran UMP)

Tarikh                   : 10 Jun 2015

Masa                    : 9.30pagi – 12.30 tengahari

Tempat                : Auditorium, Perpustakaan UMP, Pekan

Acara Lain           : Pameran Buku, Jualan Buku, Demo & Jualan Produk tempatan serta aktiviti bersama Pusat Kesihatan Pelajar.

Berminat untuk hadir bersama dalam program  ini? Kepada staf, mata CPD akan direkodkan.  Ayuh! apa tunggu lagi, tempat adalah terhad dan dibuka untuk 100 orang peserta (dalaman) sahaja. Segera bertindak.  Ajukan permohonan anda secara rasmi melalui memo kepada Bahagian Pengurusan Ilmu, Perpustakaan.

Untuk sebarang pertanyaan/pengesahan sila hubungi  Pn. Noorul Farina/Haryati/ Pn. Neng Sury di sambungan 5605/5612/5645. Sebarang perubahan akan diumumkan kepada para peserta.



http://



http://
Posted by RATNA WILIS HARYATI BINTI MUSTAPA , PERPUSTAKAAN
03 JUN 2015