Utusan Malaysia:UMP Cipta Perisian Transliterasi Arab-Jawi


UMP CIPTA PERISIAN TRANSLITERASI ARAB –JAWI

Perisian Asar Font yang dibangunkan oleh Universiti Malayia Pahang (UMP) dilihat mampu menyelesaikan permasalahan penulisan translitrasi huruf arab dan jawi yang dihadapi orang ramai terutama guru J-Qaf, pelajar pensyarah dan penulis buku.

Perisian ciptaan pensyarah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan UMP, Asar Abdul Karim yang dinamakan Asar Font dapat membantu penghasilan Jawi dengan lebih tepat kerana ia lebih stabil, mesra pengguna dan mampu beroperasi dalam pelbagai aplikasi dengan mudah.

Menurut Asar, Asar Font mudah dipraktikkan oleh semua pengguna komputer seperti penyediaan kertas soalan peperiksaan, membuat tesis dan penerbitan buku dalam tulisan Jawi.

"Dengan adanya perisian baru mengandungi 10 jenis font ini, ia mampu meningkat dan memartabatkan penggunaan tulisan Jawi secara interaktif," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Asar yang mengambil masa setahun setengah untuk menghasilkan perisian itu berkata, pengaturcaraan perisian arab dan jawi Asar Font dapat menyelesaikan permasalahan karektor transiliterasi huruf Arab dan karektor Jawi.

Menurutnya, kebanyakan buku agama di pasaran sekarang ditulis tanpa berpandukan kepada sistem transliterasi huruf arab yang disepakati dunia akademik.

"Tambah beliau, aplikasi perisian tersebut memudahkan pengguna menghafal huruf Arab dan Jawi kerana ia disusun mengikut huruf pada papan kekunci berdasarkan QWERTY.

Asar Font dijual dengan harga RM 150 untuk seorang pengguna yang menggunakan flash teknologi dan teknologi keselamatan baru.

"Diharap penggunaan perisian tersebut dapat mengubah sistem pengajaran dan pembelajaran dari papan putih kepada sistem digital bagi menambahkan lagi minat golongan muda untuk mempelajari tulisan Jawi," ujarnya.

Disediakan Oleh Unit Perhubungan Awam & Media Pejabat Naib Canselor



Posted By : SYED MOHD HAFIDZ BIN SYED HUSSIN Date Posted : 30-07-2012, 16:19:25