UMP serah sumbangan raya buat anggota keselamatan

Pekan, 11 Jun- Seramai 26 orang anggota keselamatan yang akan bertugas sepanjang Aidilfitri menerima sumbangan kuih raya yang diserahkan Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi UMP, Abd. Hamid Majid dalam Majlis Sumbangan Hari Raya yang berlangsung di Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak. Mereka terdiri daripada anggota yang bakal bertugas seramai 12 orang di Pekan dan 14 orang di kampus Gambang menjelang AidilFitri ini.
Menurut Abd. Hamid, pemberian sumbangan raya ini sebagai salah satu usaha bagi membalas jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan di kedua-dua kampus Pekan dan Gambang.
"Walaupun tidak setimpal dengan budi ditabur, sumbangan yang kami berikan ini lahir daripada hati yang tulus ikhlas sebagai tanda penghargaan dan kasih terhadap pengorbanan mereka," katanya. 
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan yang diberikan demi menjaga ketenteraman dan keselamatan kampus memandangkan semua warga UMP cuti berhari raya bersama sanak dan saudara.
Tambahnya, dengan sedikit buah tangan ini diharapkan dapat menceriakan anggota keselamatan yang bersedia sentiasa dalam menjaga keselamatan kampus universiti.  
Manakala bagi anggota keselamatan dari kampus Gambang, Suhaili Mohamad,32, berkata, beliau amat menghargai sumbangan dan majlis yang diadakan ini. Baginya sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan kawasan kampus dalam keadaan selamat memandangkan hampir keseluruhan kampus tidak akan berpenghuni sepanjang Aidilfitri.
“Sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak mampu menggembirakan kami yang tidak berhari raya seperti yang lain,” ujar beliau.
Majlis turut dihadiri Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pendaftar, Hajah Sabarehan Haji Ismail dan Nur 'Izzati Zakaria yang menjalankan tugas-tugas Bahagian Ketua Keselamatan serta staf Jabatan Pendaftar.
Disediakan Nor Fadzillah Zulkipli dari Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pendaftar dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 12-06-2018, 09:24:58