Singgah Sahur UMP santuni masyarakat sedia juadah bersahur

Kuantan, 2 Jun-  Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk tahun kelima berturut-turut menganjurkan Program Singgah Sahur bagi mengagihkan juadah bersahur kepada anggota keselamatan, agensi kerajaan , penghuni rumah anak yatim dan  masyarakat sekitar Kuantan.
 
Program pada kali ini disertai seramai 60 sukarelawan daripada Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Respec) dan Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Persatuan Alumni UMP membabitkan beberapa lokasi antaranya Tol Gambang, Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Hospital Tunku Ampuan Afzan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Teluk Cempedak dan di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Kuantan.  
 
Hadir sama menyertai program Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Muhamad Mat Noor dan Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Abd. Rahman Hj Safie.
 
Menurut Profesor Dato’ Dr. Yuserrie berkata, program ini memfokuskan petugas yang bekerja pada waktu malam terutamanya di kalangan penjawat awam dan agensi kerajaan yang menjaga keamanan dan keselamatan berkonsepkan singgah bermesra dan menyerahkan sumbangan juadah bersahur kepada mereka.
 
“Program yang melibatkan pelajar dan staf UMP ini dapat merapatkan hubungan di antara sukarelawan UMP dan masyarakat luar serta memahami kehidupan bermasyarakat dan memupuk nilai-nilai murni,” katanya.  Selain itu, secara tidak langsung dapat menzahirkan penghargaan kepada petugas yang menyumbang kepada negara di samping meraikan Ramadan.
 
Manakala bagi Timbalan Pengarah Perubatan 2 HTAA, Datuk Dr. Daud Osman berkata, pihaknya sentiasa menyokong dan mengalu-alukan sebarang program yang memanfaatkan masyarakat. Pihaknya berbangga dengan inisiatif ini dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa depan.
 
Dalam pada itu, sukarelawan juga berpeluang bersahur bersama dengan anak-anak penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Nur Iman. Turut berlangsung penyampaian sumbangan duit raya dan sumbangan sebanyak RM3000 yang disampaikan Presiden Persatuan Alumni UMP, Tuan Syed Hamzah Al Junid Syed Abdul Rahman kepada Yang Dipertua Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Ustaz Haji Badrul Huzaini.
 
Sempena Ramadan kali ini pihaknya juga menganjurkan program Ziarah Prihatin Ramadan termasuk mengumpulkan sumbangan untuk membantu seramai 100 keluarga asnaf zakat,ibu tunggal,pesakit kronik,warga tua, mualaf di sekitar Kuantan.  Pihaknya juga menghargai sumbangan penaja, penginfak, penyumbang terutama AJK Pelaksana, sukarelawan, staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), alumni UMP, staf UMP, Gabungan NGO-NGO Kebajikan Negeri Pahang dan orang-orang perseorangan sehingga berjaya mengumpulkan sebanyak RM 27,000 untuk diagihkan kepada semua penerima bantuan.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 04-06-2018, 10:43:10