500 mahasiswa sertai Iftar Perdana Kolej Kediaman 2

Kuantan, 23 Mei – Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman (PEKA2) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) dan Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Iftar Perdana yang disertai lebih 500 mahasiswa universiti sebagai menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Program yang berlangsung di Kolej Kediaman 2 (KK 2) ini dimulai dengan alunan merdu ayat-ayat suci Al-Quran yang bertemakan “Ramadan” yang telah disampaikan mahasiswa KK 2 sekali gus melancarkan program tadarrus Quran Hour di peringkat kolej. Program dimeriahkan lagi dengan persembahan Qasidah yang disampaikan oleh mahasiswa UMP yang mampu menyemai rasa rindu pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Pengetua KK 2, Dr Anwaruddin Hisyam turut berpeluang menyampaikan tazkirah ringkas sekaligus merasmikan program disusuli dengan iftar beramai-ramai. Program diteruskan dengan Solat Maghrib, Isyak, Solat Sunat Terawih secara berjemaah dan diakhiri dengan santapan moreh yang disumbangkan pelbagai pihak.
“Mahasiswa juga menjayakan program agihan kurma yang telah dijalankan pada awal Ramadan lalu yang mana kerja pembungkusan dan pengedaran kurma dilakukan sepenuhnya oleh PEKA 2 dan diagihkan kepada lebih dari 120 buah rumah di KK 2,” katanya.
Sementara itu, pengarah program Iftar Perdana KK 2, Muhammad Harith Mohd Khairuddin, beliau berpuas hati dan bersyukur kerana buat julung kalinya Iftar Perdana KK2 ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua siswa UMP Kampus Gambang tanpa mengira agama, kaum dan bangsa di sini. 
Tambahnya, ternyata program sebegini harus dijadikan tradisi agar dapat diteruskan lagi pada bulan Ramadan yang akan datang. Sementara itu, menurut Presiden PEKA 2, Aimran Amzar, pihaknya menyeru dan mengajak semua penghuni KK 2 agar dapat menyertai program akan datang sepanjang bulan Ramadan ini antaranya Iftar Jamaie, Jelajah Sahur, Qiamullail di Surau Kolej Kediaman 2.
Hadir dalam program barisan tetamu terdiri daripada kalangan pengetua kolej kediaman, kakitangan pengurusan kolej dan felo kolej kediaman.
Disediakan oleh Muhammad Asyraf Hasan, Setiausaha PEKA 2 UMP

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 01-06-2018, 10:22:34