Larian jurutera dapat sambutan hangat


 

 

 

Pekan, 15 April –Lebih 1000 peserta mengambil bahagian dalam acara larian  ‘Pahang Engineer‘s Run 2018’ di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan anjuran Institution of Engineers Malaysia UMP Student Section (IEMUMPSS) dengan kerjasama pihak Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Sekretariat Anak Mahasiswa Negeri Pahang (SEMAMPAN). 

 

Penganjuran terbuka kepada pelajar sekolah, masyarakat sekitar dan warga kampus membabitkan enam kategori terbuka lelaki dan wanita sejauh 21 km, 10 km dan 5 km sebagai aktiviti gaya hidup sihat di samping mengajak orang ramai menikmati pemandangan yang indah dalam kampus dan sekitar Pekan.

 

Menurut pengarah program Kee Keing Lee berkata, program juga dapat menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat setempat serta mempromosikan nama UMP.

 

“Sambutan menggalakkan dan kami berhasrat untuk menganjurkan lagi pada masa akan datang. Penganjuran ini juga dapat memberi peluang pihak luar untuk masuk kampus UMP yang terkenal dengan suasana kampus hijau yang permai,” katanya.

 

  


Tambahan pula, UMP banyak menawarkan bidang kejuruteraan dan dengan nama larian jurutera ini ianya juga dapat menarik minat pelajar sekolah menjadi jurutera mahupun menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

 

Hadir sama dalam program Pengerusi IEM Pahang, Dato’Ir. Sharuddin Mohd Simin , Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin,  , Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad   Haji Mohamad Mohyddin  Mohamed Nor,  Timbalan Pengerusi IEM Pahang, Ir. Ahmad Kamal Kunji, Setiausaha Agong IEM Pahang, Ir. Harzah Masni Ramli dan Pengarah program, Kee Keing Lee.

 

Dalam pada itu, Dato’ Ir. Sharuddin memuji inisiatif pihak penganjur dan mahasiswa UMP  yang berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan penganjuran kali ini berjalan lancar. Pihaknya juga amat gembira kerana dapat bekerjasama dalam menganjurkan acara Larian Pahang Engineer‘s Run 2018 yang cukup bermakna ini.

 

Selain itu mengharapkan penganjuran ini dapat dijalankan untuk tahun akan datang dengan lebih banyak penyertaan daripada pihak mahasiswa dan orang luar dalam memanfaatkan kerjasama ini.



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 18-05-2018, 15:09:42