Pelancaran UMP Valid8 dan Dompet Mudah Alih UMP XChain guna Teknologi Blockchain


 

Kuantan, 10 Januari- Universiti Malaysia Pahang (UMP)  menjadi universiti pertama di Malaysia yang menggunakan Teknologi Blockchain bagi Pengesahan Perakuan Sijil UMP Valid8 dan Mobile Wallet –UMP XChain atau Dompet Mudah Alih yang dilancarkan hari ini.
Keunikan teknologi ini adalah pada data sesebuah aplikasi itu yang disimpan menggunakan konsep Distrubuted Ledger iaitu data tidak disimpan pada hanya satu lokasi, tetapi disimpan secara encrypted di pelbagai lokasi.
Dengan pelancaran ini UMP bakal mewujudkan budaya baru dalam komuniti di kampus universiti sebagai kemudahan kepada pengguna dalam pembayaran secara mudah alih bagi kemudahan warga kampus bagi mewujudkan kampus ‘cashless’.
Program dirasmikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato’ Dr, Rosli Mohd. Yunus, Dekan Fakulti Pengurusan Industri, Prof. Madya Dr. Mohd. Ridzuan Darun, Pengarah Pusat Kecemerlangan IBM, Dr. Mohamed Ariff Ameedeen dan Ketua Pegawai Operasi,Abd Hamid Majid.
Menurut Profesor Dato’ Sri ts. Dr. Daing Nasir, kemudahan Mobile Wallet - Xchain UMP ini merupakan aplikasi berasaskan Blockchain yang membolehkan pelajar dan staf universiti membuat pembayaran di kafeteria dan kedai-kedai dengan hanya menggunakan telefon pintar sebagai medium bagi menjalankan proses transaksi pembayaran.
“Keistimewaan teknologi ini adalah membolehkan semua maklumat transaksi disimpan serta  sukar untuk digondam oleh pihak luar. Pembayaran dipindah melalui Kod QR atau Near Field Communication (NFC) yang membolehkan komunikasi dua hala antara peranti. Ia juga boleh menyokong penggunaan peranti lain seperti Apple Watch. Penggunaan QR dan NFC dalam semua peranti android dan iOS termasuk Apple Watch boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran dalam mobile wallet,” katanya.
Selain itu, UMP Valid8 merupakan satu aplikasi pengesahan ketulinan ijazah berasaskan Kod QR yang akan digunakan untuk mengesahkan sijil ijazah graduan. Setiap sijil dilengkapi satu Kod QR yang unik bagi memastikan kesahihan sijil graduan berkenaan. Dengan imbasan dari Kod QR tersebut,  ianya  akan memaparkan gambar pelajar, nama penuh, program pengajian dan tahun anugerah. Kod QR itu sendiri akan menjadi satu rantaian rekod data blockchain yang sulit yang mana ianya   menyimpan semua maklumat pelajar mengunakan Teknologi Blockchain.
Ujar beliau, sistem yang dibangunkan ini akan mempunyai fungsi yang merekodkan maklumat pendidikan pelajar UMP. Aplikasi mudah alih yang dihasilkan dapat mengesahkan kesahihan sesebuah ijazah menggunakan kod QR pada ijazah tersebut. Semua data pelajar adalah disimpan dalam bentuk Blockchain yang tidak dapat digodam atau dipalsukan. UMP Valid8  akan digunakan sepenuhnya pada Konvokesyen UMP tahun 2018.
Malahan Projek Perintis ini dijalankan pihak Pusat Kecemerlangan IBM yang mempunyai kepakaran IT bersama kumpulan Alumni UMP dengan kerjasama pihak Fakulti Pengurusan Industri (FIM) yang mempunyai kepakaran dalam Supply Chain. Penggunaan aplikasi ini akan digunakan lebih luas dalam ekosistem Institusi Pendidikan Tinggi Negara dan juga rakan-rakan universiti dan industri di Malaysia serta di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.
Dengan kepakaran ini UMP juga menawarkan khidmat Blockchain Certificate Authentication kepada mana-mana institusi atau agensi yang ingin berkolaborasi.
Dijangka seramai 11,000 pelajar UMP bakal menikmati fungsi terbaru ini untuk melakukan pembayaran di dalam kampus dengan gaya hidup digital yang lebih menyeronokkan.
UMP juga berhasrat meluaskan penggunaan Mobile Wallet ini ke seluruh negeri Pahang dan ke peringkat kebangsaan. Selain itu menghargai komitmen pihak Bank Muammalat Malaysia Berhad yang bekerjasama dalam membantu memberikan konsultansi kepakaran dan tunjuk ajar bagi menjayakan program Mobile Wallet - Xchain UMP ini.

 

 

Kuantan, 10 Januari- Universiti Malaysia Pahang (UMP)  menjadi universiti pertama di Malaysia yang menggunakan Teknologi Blockchain bagi Pengesahan Perakuan Sijil UMP Valid8 dan Mobile Wallet –UMP XChain atau Dompet Mudah Alih yang dilancarkan hari ini. Keunikan teknologi ini adalah pada data sesebuah aplikasi itu yang disimpan menggunakan konsep Distrubuted Ledger iaitu data tidak disimpan pada hanya satu lokasi, tetapi disimpan secara encrypted di pelbagai lokasi.

 

Dengan pelancaran ini UMP bakal mewujudkan budaya baru dalam komuniti di kampus universiti sebagai kemudahan kepada pengguna dalam pembayaran secara mudah alih bagi kemudahan warga kampus bagi mewujudkan kampus ‘cashless’. Program dirasmikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato’ Dr, Rosli Mohd. Yunus, Dekan Fakulti Pengurusan Industri, Prof. Madya Dr. Mohd. Ridzuan Darun, Pengarah Pusat Kecemerlangan IBM, Dr. Mohamed Ariff Ameedeen dan Ketua Pegawai Operasi,Abd Hamid Majid.

 

Menurut Profesor Dato’ Sri ts. Dr. Daing Nasir, kemudahan Mobile Wallet - Xchain UMP ini merupakan aplikasi berasaskan Blockchain yang membolehkan pelajar dan staf universiti membuat pembayaran di kafeteria dan kedai-kedai dengan hanya menggunakan telefon pintar sebagai medium bagi menjalankan proses transaksi pembayaran.

 

 

 

“Keistimewaan teknologi ini adalah membolehkan semua maklumat transaksi disimpan serta  sukar untuk digondam oleh pihak luar. Pembayaran dipindah melalui Kod QR atau Near Field Communication (NFC) yang membolehkan komunikasi dua hala antara peranti. Ia juga boleh menyokong penggunaan peranti lain seperti Apple Watch. Penggunaan QR dan NFC dalam semua peranti android dan iOS termasuk Apple Watch boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran dalam mobile wallet,” katanya.

 

Selain itu, UMP Valid8 merupakan satu aplikasi pengesahan ketulinan ijazah berasaskan Kod QR yang akan digunakan untuk mengesahkan sijil ijazah graduan. Setiap sijil dilengkapi satu Kod QR yang unik bagi memastikan kesahihan sijil graduan berkenaan. Dengan imbasan dari Kod QR tersebut,  ianya  akan memaparkan gambar pelajar, nama penuh, program pengajian dan tahun anugerah. Kod QR itu sendiri akan menjadi satu rantaian rekod data blockchain yang sulit yang mana ianya   menyimpan semua maklumat pelajar mengunakan Teknologi Blockchain.

 

 

 

Ujar beliau, sistem yang dibangunkan ini akan mempunyai fungsi yang merekodkan maklumat pendidikan pelajar UMP. Aplikasi mudah alih yang dihasilkan dapat mengesahkan kesahihan sesebuah ijazah menggunakan kod QR pada ijazah tersebut. Semua data pelajar adalah disimpan dalam bentuk Blockchain yang tidak dapat digodam atau dipalsukan. UMP Valid8  akan digunakan sepenuhnya pada Konvokesyen UMP tahun 2018.

 

Malahan Projek Perintis ini dijalankan pihak Pusat Kecemerlangan IBM yang mempunyai kepakaran IT bersama kumpulan Alumni UMP dengan kerjasama pihak Fakulti Pengurusan Industri (FIM) yang mempunyai kepakaran dalam Supply Chain. Penggunaan aplikasi ini akan digunakan lebih luas dalam ekosistem Institusi Pendidikan Tinggi Negara dan juga rakan-rakan universiti dan industri di Malaysia serta di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

 

Dengan kepakaran ini UMP juga menawarkan khidmat Blockchain Certificate Authentication kepada mana-mana institusi atau agensi yang ingin berkolaborasi. Dijangka seramai 11,000 pelajar UMP bakal menikmati fungsi terbaru ini untuk melakukan pembayaran di dalam kampus dengan gaya hidup digital yang lebih menyeronokkan. UMP juga berhasrat meluaskan penggunaan Mobile Wallet ini ke seluruh negeri Pahang dan ke peringkat kebangsaan. Selain itu menghargai komitmen pihak Bank Muammalat Malaysia Berhad yang bekerjasama dalam membantu memberikan konsultansi kepakaran dan tunjuk ajar bagi menjayakan program Mobile Wallet - Xchain UMP ini.

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 10-01-2018, 16:09:08