UMP dan MRL buka pencalonan ambilan kedua pelatih PLKI- ECRL


 

Kuantan, 9 Januari – Seramai 700 orang daripada mereka yang mempunyai sijil kemahiran dan graduan diploma serta sarjana muda dari pelbagai institusi pendidikan tinggi di seluruh negara bakal ditawarkan penempatan mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) setelah berjaya dalam sesi pemilihan yang dijalankan pihak Syarikat Malaysian Rail Link MRL) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada tahun ini.
Pelatih yang mempunyai latar belakang dalam bidang teknikal dan kejuruteraan khususnya berkaitan bidang Mekanikal, Elektrikal dan Sivil ini merupakan kumpulan ambilan kedua yang akan menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran serta pengalaman dalam industri rel di negara ini.
UMP telah dilantik sebagai Universiti Fokal bagi program PLKI-ECRL hasil rundingan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan MRL dan China Communication Construction Company Limited (CCCC) bagi menjayakan Projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ERCL) yang dilancarkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak tahun lalu.
Menurut Pengarah Akademi Industri Rel (RIA), UMP, Dr. Fadzil Mat Yahaya berkata, kumpulan ini adalah sebahagian pelatih  yang akan dilatih dalam program PLKI- ECRL yang pada peringkat permulaan mensasarkan lepasan universiti yang mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrikal bagi memantapkan pengetahuan bidang teknologi keretapi ini.
“Program PLKI-ECRL akan melibatkan seramai 3,600 pelatih dalam tempoh 5 tahun ini memberi peluang dalam kalangan pemegang ijazah dan diploma bagi kursus kejuruteraan.
Proses pemilihan kini sedang dijalankan bagi pengambilan melibatkan 700 pelatih sehingga berakhir tahun ini nanti dan temuduga pada kali ini yang dijalankan selama empat hari ini mensasarkan seramai 150 pelatih bagi menjalani latihan di UMP.
“Ambilan pertama tahun lalu menyaksikan seramai 187 pelatih telah berjaya mengikuti program latihan ini merangkumi seramai 49 orang lepasan ijazah dan diploma serta 28 orang lepasan sijil di UMP, 54 orang lepasan sijil di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Bachok dan 56 orang lepasan sijil di Akademi Binaan Malaysia (ABM),” katanya dalam sesi temuduga Program Latihan Kemahiran PLKI-ECRL yang berlangsung dua hari di UMP Gambang dan esok di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Hadir sama Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Profesor Dr. Rizalman Mamat.
Ujar beliau, konsep latihan berbentuk peningkatan kemahiran sedia ada dan baharu (upskilling dan reskilling) berkaitan dengan bidang rel. Pelatih akan mengikuti latihan dalam tempoh 3 bulan sebelum mereka diberikan sijil tamat kursus latihan. Sepanjang tempoh latihan, pelatih  merupakan staf di bawah MRL (On Job Training) manakala silibus PLKI-ECRL adalah dibentuk secara bersama antara UMP dengan pihak MRL dan CCCC.
Dalam pada itu, tenaga pengajar bagi program ini  terdiri daripada tenaga akademik yang mempunyai pengalaman luas, kompetensi dan berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang pembinaan. Pihak Beijing Jiaotong University (BJTU)  terlibat melalui sesi train of trainers (ToT) bagi perkongsian pengetahuan dan teknologi terutama dalam bidang pengangkutan kereta api kepada tenaga pengajar tempatan.
UMP menubuhkan RIA yang terbabit dalam program latihan seperti pengambilan dan pendaftaran peserta, pembangunan silibus, latihan profesional dan latihan industri, penyediaan tenaga pengajar, kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan serta juga menyokong kepada agenda kebolehpasaran graduan institusi pendidikan tinggi (IPT).
UMP juga telah membangunkan silibus dengan mendapat kerjasama pihak BJTU dan Southwest Jiaotong University (SWJU) bagi perkongsian pengetahuan dan tekologi dalam bidang pengangkutan keretapi.
Pelatih yang telah menamatkan latihan selama tiga bulan di bawah program PLKI-ECRL ini akan ditawarkan pekerjaan oleh pihak MRL atau CCCC, ataupun  oleh sub-kontraktor masing-masing. Kumpulan ini pastinya akan menyumbang ke arah pelaksanaan projek infrastruktur berimpak tinggi yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024 nanti.
Malahan UMP turut memainkan peranan penting dalam memastikan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan PLKI-ECRL memenuhi keperluan untuk meningkatkan kemahiran graduan tempatan bekerja dalam industri rel di samping pembangunan dan penyelidikan (R&D) teknologi berkaitan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

 

Kuantan, 9 Januari – Seramai 700 orang daripada mereka yang mempunyai sijil kemahiran dan graduan diploma serta sarjana muda dari pelbagai institusi pendidikan tinggi di seluruh negara bakal ditawarkan penempatan mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) setelah berjaya dalam sesi pemilihan yang dijalankan pihak Syarikat Malaysian Rail Link MRL) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada tahun ini.

 

Pelatih yang mempunyai latar belakang dalam bidang teknikal dan kejuruteraan khususnya berkaitan bidang Mekanikal, Elektrikal dan Sivil ini merupakan kumpulan ambilan kedua yang akan menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran serta pengalaman dalam industri rel di negara ini. UMP telah dilantik sebagai Universiti Fokal bagi program PLKI-ECRL hasil rundingan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan MRL dan China Communication Construction Company Limited (CCCC) bagi menjayakan Projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ERCL) yang dilancarkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak tahun lalu.

 

Menurut Pengarah Akademi Industri Rel (RIA), UMP, Dr. Fadzil Mat Yahaya berkata, kumpulan ini adalah sebahagian pelatih  yang akan dilatih dalam program PLKI- ECRL yang pada peringkat permulaan mensasarkan lepasan universiti yang mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrikal bagi memantapkan pengetahuan bidang teknologi keretapi ini. “Program PLKI-ECRL akan melibatkan seramai 3,600 pelatih dalam tempoh 5 tahun ini memberi peluang dalam kalangan pemegang ijazah dan diploma bagi kursus kejuruteraan.

 

Proses pemilihan kini sedang dijalankan bagi pengambilan melibatkan 700 pelatih sehingga berakhir tahun ini nanti dan temuduga pada kali ini yang dijalankan selama empat hari ini mensasarkan seramai 150 pelatih bagi menjalani latihan di UMP.

 

 

“Ambilan pertama tahun lalu menyaksikan seramai 187 pelatih telah berjaya mengikuti program latihan ini merangkumi seramai 49 orang lepasan ijazah dan diploma serta 28 orang lepasan sijil di UMP, 54 orang lepasan sijil di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Bachok dan 56 orang lepasan sijil di Akademi Binaan Malaysia (ABM),” katanya dalam sesi temuduga Program Latihan Kemahiran PLKI-ECRL yang berlangsung dua hari di UMP Gambang dan esok di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Hadir sama Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Profesor Dr. Rizalman Mamat.

 

Ujar beliau, konsep latihan berbentuk peningkatan kemahiran sedia ada dan baharu (upskilling dan reskilling) berkaitan dengan bidang rel. Pelatih akan mengikuti latihan dalam tempoh 3 bulan sebelum mereka diberikan sijil tamat kursus latihan. Sepanjang tempoh latihan, pelatih  merupakan staf di bawah MRL (On Job Training) manakala silibus PLKI-ECRL adalah dibentuk secara bersama antara UMP dengan pihak MRL dan CCCC.

 

Dalam pada itu, tenaga pengajar bagi program ini  terdiri daripada tenaga akademik yang mempunyai pengalaman luas, kompetensi dan berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang pembinaan. Pihak Beijing Jiaotong University (BJTU)  terlibat melalui sesi train of trainers (ToT) bagi perkongsian pengetahuan dan teknologi terutama dalam bidang pengangkutan kereta api kepada tenaga pengajar tempatan. UMP menubuhkan RIA yang terbabit dalam program latihan seperti pengambilan dan pendaftaran peserta, pembangunan silibus, latihan profesional dan latihan industri, penyediaan tenaga pengajar, kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan serta juga menyokong kepada agenda kebolehpasaran graduan institusi pendidikan tinggi (IPT).UMP juga telah membangunkan silibus dengan mendapat kerjasama pihak BJTU dan Southwest Jiaotong University (SWJU) bagi perkongsian pengetahuan dan tekologi dalam bidang pengangkutan keretapi.

 

Pelatih yang telah menamatkan latihan selama tiga bulan di bawah program PLKI-ECRL ini akan ditawarkan pekerjaan oleh pihak MRL atau CCCC, ataupun  oleh sub-kontraktor masing-masing. Kumpulan ini pastinya akan menyumbang ke arah pelaksanaan projek infrastruktur berimpak tinggi yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024 nanti. Malahan UMP turut memainkan peranan penting dalam memastikan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan PLKI-ECRL memenuhi keperluan untuk meningkatkan kemahiran graduan tempatan bekerja dalam industri rel di samping pembangunan dan penyelidikan (R&D) teknologi berkaitan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 09-01-2018, 16:59:26