Dato’ Sri Ibrahim Ahmad dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMP

Pekan, 5 Januari- Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, 61 dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) selama tiga tahun mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020. Pelantikan dibuat oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 17 (1) (a) Perlembagaan Universiti. Beliau menggantikan Dato Sri Mohd. Hilmey Mohd Taib yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) selama 11 tahun sejak 1 September 2006 hingga 31 Ogos 2017.
 
Berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi  (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Sri Ibrahim sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak tahun 2010 setelah memegang  jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Pengarah Kanan Latihan & Pendidikan dan Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA selama tiga tahun.
 
Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dengan memegang beberapa jawatan lain antaranya Timbalan Pengerusi Majlis MARA, Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd, Pengerusi Majlis MARA dan Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA iaitu sebuah yayasan yang meningkatkan status sosio-ekonomi Melayu dan Bumiputera melalui pendidikan serta Pengerusi Lembaga Amanah Saham MARA Berhad yang kini dikenali sebagai Pelaburan MARA Berhad yang berkaitan dalam pelaburan, pengurusan aset, aktiviti pembiayaan dan penasihatan korporat.
 
Selain itu beliau juga dilantik menjadi Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mulai tahun 2011 sehingga 2017 dan kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan juga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
 
Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, dengan pengalaman luas beliau ini, UMP akan terus cemerlang seiring dengan merealisasikan hasrat universiti sebagai sebuah institut pendidikan tinggi bertaraf global berlandaskan daya saing kepakaran teknologi dan kejuruteraan selain menjadikan universiti ini sebagai universiti teknologi terunggul menjelang 2020 nanti.
 
”Pihak universiti juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Sri Mohd. Hilmey yang telah menyumbang bakti sepanjang 11 tahun ini bersama-sama UMP melalui beberapa fasa pembangunan Pelan Strategik UMP,” katanya. Dalam pada itu UMP turut berbesar hati dengan kunjungan buat julung kalinya Dato’ Sri Ibrahim ke universiti bagi baru-baru ini untuk bertemu dengan pengurusan universiti dan melihat sendiri perkembangan dan pembangunan kampus universiti di Pekan.    

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 08-01-2018, 15:04:47