UMP lancar INAP Medium Perluas Hubungan Dengan Industri


 

[06:45, 12/22/2017] Pnc K. mimi: Putrajaya, 21 Disember – Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Industry Network Alumni Platform (INAP) sebagai suatu platform penting terhadap komitmen tinggi dan usaha berterusan UMP dalam memperkasa jaringan industri dan hubungan alumninya sempena Majlis Minum Petang Bersama Industri yang berlangsung pada hari ini di Everly Hotel Putrajaya.
INAP merupakan sebuah inisiatif yang dicetuskan secara kolektif antara Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat serta Persatuan Alumni UMP dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni sebagai platform buat alumni Universiti ini yang berkhidmat di sektor awam dan swasta untuk membina hubungan (networking), berinteraksi dan memberi sumbangsaran atas kapasiti profesional mereka sebagai eksekutif, teknokrat, usahawan, akademia dan sebagainya.
Hadir dalam majlis Naib Canselor UMP, Profesor Dato Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Profesor Dr. Jamil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif UMP Holdings Sdn Bhd merangkap Presiden Persatuan Alumni Graduan UMP, Tuan Syed Mohd Hamzah al-Junid Syed Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, DreamEDGE Sdn Bhd, Khairil Adri Adnan, Ketua Pegawai Teknikal, Sysarmy Sdn Bhd, Alan Yau Ti Dun dan Pengurus Kanan, Daikin Research & Development Malaysia Sdn Bhd, Lim Soon Kiong.
Menurut Prof. Dato’ Sri Ts. Dr Daing, Pelan Strategik UMP 2016-2020 melihat secara serius aspek penghubungan Universiti ini dengan dua pemegang taruhnya iaitu industri dan alumni untuk digembleng secara mampan terutamanya dalam konteks kebolehpasaran graduan, pengembangan akademik dan penyelidikan serta pembangunan profesional.
“INAP diinstitusikan sebagai sebuah Chapter di bawah Persatuan Alumni Graduan UMP dengan objektif khusus untuk merealiasikan percambahan idea yang konstruktif dari perspektif profesional para alumni yang berpotensi untuk direkabentuk sebagai inisiatif bernilai tambah dan berimpak tinggi melalui penglibatan langsung Universiti ini dan industri yang diwakili mereka,” katanya.
Jelas beliau, dengan cara ini cabaran penghubungan dengan semua 22,502 alumni universiti dapat dimudahcara sekiranya penggerak INAP berkerjasama rapat dengan semua fakulti yang mana graduan ini pernah menuntut dahulu. 
Justeru, mengharapkan supaya semua Dekan Fakulti melihat inisiatif INAP ini secara serius terutamanya dalam konteks penerokaan peluang kolaborasi strategik di samping mengekalkan keintiman para alumni dengan alma mater mereka. 
Malahan ramai dari kalangan alumni tersebut kini telah pun menduduki jawatan pengurusan pertengahan (middle managers), malah UMP turut berbangga sebahagian daripada mereka juga telah mencapai kedudukan pengurusan kanan dan atasan, termasuklah mengendalikan syarikat-syarikat yang diasaskan sendiri oleh mereka.
Dalam pada itu untuk terus maju sebagai sebuah universiti teknikal yang berprestasi, UMP menyedari keperluan untuk bersinergi dengan rakan-rakan industri yang berkrebiliti tinggi bagi manfaat penjenamaan, peningkatan kapasiti penyelidikan, pengembangan akademik, pembangunan profesional dan kebolehpasaran graduannya. 
Bersempena dengan itu juga berlangsungnya pemeteraian kolaborasi UMP dengan tiga rakan industrinya yang terbaharu iaitu DreamEDGE Sdn Bhd, Sysarmy Sdn Bhd dan Daikin Research & Development Malaysia Sdn Bhd.
Melalui kerjasama dengan DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE), UMP komited untuk memperkaya pengalaman akademik para mahasiswa dan stafnya dalam dua bidang kejuruteraan iaitu automotif dan rel melalui program latihan industri, sangkutan, pemindahan teknologi dan penerokaan prospek penyelidikan. 
Kepakaran DreamEDGE dalam pelbagai perkhidmatan kejuruteraan digital termasuklah Data Exchange Service untuk Rekabentuk Data CAD dan Khidmat Modeling, Analisis dan Simulasi CAE, Khidmat Konversi Data CAD, Solusi PLM dan Khidmat Penyumberan Luar merupakan aspek boleh dipelajari UMP bagi meningkatkan kapasiti akademik dan penyelidikan di Universiti ini.
Selain itu melalui kerjasama dengan Sysarmy Sdn Bhd (Sysarmy) pula, UMP berhasrat untuk meningkatkan kapasiti penyelidikannya dalam bidang keselamatan siber (cybersecurity) berdasarkan pengalaman luas syarikat ini dalam penyediaan solusi teknologi berkaitan Pemantauan Keselamatan Siber (SOC), Perkhidmatan Profesional CyberSecurity dan Integrasi Sistem CyberSecurity. Kolaborasi ini turut menyediakan peluang penempatan latihan industri untuk mahasiswa dan program sangkutan untuk staf kami, khususnya dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP). UMP amat menghargai komitmen Sysarmy yang telah menyediakan sejumlah peruntukan kewangan sebagai geran awalan bagi tujuan pelaksanaan projek penyelidikan bersama FSKKP yang dapat dinikmati kedua-dua pihak dalam jangka masa panjang.
Sementara itu, kesediaan Daikin Research & Development Malaysia Sdn Bhd untuk berkolaborasi dengan UMP merupakan satu indikator positif ke arah peningkatan keupayaan penyelidikan Universiti ini dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan penyamanan udara (air-conditioning) termasuklah aspek nano lubricant, computer system, tribology study, endurance test dan air conditioner’s performance study. Kerjasama ini memberi peluang kedua-dua pihak meneroka pembangunan inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan kejuruteraan, penganjuran bengkel dan seminar serta peluang pendidikan dan penyelidikan pascasiswazah. 
Turut sama hadir dalam majlis Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Ts. Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainudin, Pendaftar dan Ketua Pegawai Operasi, Abd Hamid Majid.
-Habis-
[09:32, 12/22/2017] Pnc K. dayah: 

 

 

Putrajaya, 21 Disember – Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Industry Network Alumni Platform (INAP) sebagai suatu platform penting terhadap komitmen tinggi dan usaha berterusan UMP dalam memperkasa jaringan industri dan hubungan alumninya sempena Majlis Minum Petang Bersama Industri yang berlangsung pada hari ini di Everly Hotel Putrajaya.

 

INAP merupakan sebuah inisiatif yang dicetuskan secara kolektif antara Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat serta Persatuan Alumni UMP dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni sebagai platform buat alumni Universiti ini yang berkhidmat di sektor awam dan swasta untuk membina hubungan (networking), berinteraksi dan memberi sumbangsaran atas kapasiti profesional mereka sebagai eksekutif, teknokrat, usahawan, akademia dan sebagainya.

 

Hadir dalam majlis Naib Canselor UMP, Profesor Dato Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Profesor Dr. Jamil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif UMP Holdings Sdn Bhd merangkap Presiden Persatuan Alumni Graduan UMP, Tuan Syed Mohd Hamzah al-Junid Syed Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, DreamEDGE Sdn Bhd, Khairil Adri Adnan, Ketua Pegawai Teknikal, Sysarmy Sdn Bhd, Alan Yau Ti Dun dan Pengurus Kanan, Daikin Research & Development Malaysia Sdn Bhd, Lim Soon Kiong.

 

 

 

Menurut Prof. Dato’ Sri Ts. Dr Daing, Pelan Strategik UMP 2016-2020 melihat secara serius aspek penghubungan Universiti ini dengan dua pemegang taruhnya iaitu industri dan alumni untuk digembleng secara mampan terutamanya dalam konteks kebolehpasaran graduan, pengembangan akademik dan penyelidikan serta pembangunan profesional. “INAP diinstitusikan sebagai sebuah Chapter di bawah Persatuan Alumni Graduan UMP dengan objektif khusus untuk merealiasikan percambahan idea yang konstruktif dari perspektif profesional para alumni yang berpotensi untuk direkabentuk sebagai inisiatif bernilai tambah dan berimpak tinggi melalui penglibatan langsung Universiti ini dan industri yang diwakili mereka,” katanya.

 

Jelas beliau, dengan cara ini cabaran penghubungan dengan semua 22,502 alumni universiti dapat dimudahcara sekiranya penggerak INAP berkerjasama rapat dengan semua fakulti yang mana graduan ini pernah menuntut dahulu. Justeru, mengharapkan supaya semua Dekan Fakulti melihat inisiatif INAP ini secara serius terutamanya dalam konteks penerokaan peluang kolaborasi strategik di samping mengekalkan keintiman para alumni dengan alma mater mereka.  Malahan ramai dari kalangan alumni tersebut kini telah pun menduduki jawatan pengurusan pertengahan (middle managers), malah UMP turut berbangga sebahagian daripada mereka juga telah mencapai kedudukan pengurusan kanan dan atasan, termasuklah mengendalikan syarikat-syarikat yang diasaskan sendiri oleh mereka.

 

Dalam pada itu untuk terus maju sebagai sebuah universiti teknikal yang berprestasi, UMP menyedari keperluan untuk bersinergi dengan rakan-rakan industri yang berkrebiliti tinggi bagi manfaat penjenamaan, peningkatan kapasiti penyelidikan, pengembangan akademik, pembangunan profesional dan kebolehpasaran graduannya.  Bersempena dengan itu juga berlangsungnya pemeteraian kolaborasi UMP dengan tiga rakan industrinya yang terbaharu iaitu DreamEDGE Sdn Bhd, Sysarmy Sdn Bhd dan Daikin Research & Development Malaysia Sdn Bhd.

 

 

 

Melalui kerjasama dengan DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE), UMP komited untuk memperkaya pengalaman akademik para mahasiswa dan stafnya dalam dua bidang kejuruteraan iaitu automotif dan rel melalui program latihan industri, sangkutan, pemindahan teknologi dan penerokaan prospek penyelidikan.  Kepakaran DreamEDGE dalam pelbagai perkhidmatan kejuruteraan digital termasuklah Data Exchange Service untuk Rekabentuk Data CAD dan Khidmat Modeling, Analisis dan Simulasi CAE, Khidmat Konversi Data CAD, Solusi PLM dan Khidmat Penyumberan Luar merupakan aspek boleh dipelajari UMP bagi meningkatkan kapasiti akademik dan penyelidikan di Universiti ini.

 

Selain itu melalui kerjasama dengan Sysarmy Sdn Bhd (Sysarmy) pula, UMP berhasrat untuk meningkatkan kapasiti penyelidikannya dalam bidang keselamatan siber (cybersecurity) berdasarkan pengalaman luas syarikat ini dalam penyediaan solusi teknologi berkaitan Pemantauan Keselamatan Siber (SOC), Perkhidmatan Profesional CyberSecurity dan Integrasi Sistem CyberSecurity. Kolaborasi ini turut menyediakan peluang penempatan latihan industri untuk mahasiswa dan program sangkutan untuk staf kami, khususnya dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP). UMP amat menghargai komitmen Sysarmy yang telah menyediakan sejumlah peruntukan kewangan sebagai geran awalan bagi tujuan pelaksanaan projek penyelidikan bersama FSKKP yang dapat dinikmati kedua-dua pihak dalam jangka masa panjang.

 

Sementara itu, kesediaan Daikin Research & Development Malaysia Sdn Bhd untuk berkolaborasi dengan UMP merupakan satu indikator positif ke arah peningkatan keupayaan penyelidikan Universiti ini dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan penyamanan udara (air-conditioning) termasuklah aspek nano lubricant, computer system, tribology study, endurance test dan air conditioner’s performance study. Kerjasama ini memberi peluang kedua-dua pihak meneroka pembangunan inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan kejuruteraan, penganjuran bengkel dan seminar serta peluang pendidikan dan penyelidikan pascasiswazah.  Turut sama hadir dalam majlis Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Ts. Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainudin, Pendaftar dan Ketua Pegawai Operasi, Abd Hamid Majid.

 

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 22-12-2017, 10:59:22