Perpustakaan Digital UMP Operasi 24 jam

Pekan, 13 November- Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Perpustakaan Digital untuk terus menggalakkan dan memupuk minat membaca dalam kalangan warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan masyarakat setempat.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim bertempat di Auditorium Perpustakaan UMP Pekan.
Menurut Naib Canselor, pengwujudan Perpustakaan Digital ini perlu dilihat kepentingannya dari sudut peningkatan capaian koleksi perpustakaan bagi manfaat warga kerja dan mahasiswa UMP, khususnya akses mereka terhadap bahan-bahan rujukan yang berkualiti dan berautoriti  dalam format atas talian.
Tambahnya lagi, inisiatif ini sewajarnya dilihat sebagai satu respon strategik UMP terhadap realiti baharu global yang dicorakkan oleh transformasi landskap telekomunikasi dan juga the Internet of Thing (IoT).
“Dengan adanya Perpustakan Digital dapat meningkatkan capaian koleksi perpustakaan bagi manfaat warga kerja dan mahasiswa UMP, khususnya askses mereka terhadap bahan-bahan rujukan yang berkualiti dan berautoriti dalam format atas talian,” katanya.
Justeru, katanya pengwujudan Perpustakaan Digital ini sebagai satu inisiatif teknologikal yang inovatif bagi maksud pengembangan peranan Perpustakaan UMP secara lebih strategik dan kontemporari, sekaligus mengekalkannya sebagai sebuah pusat rujukan yang dinamik, komprehensif dan inklusif.
Selain itu, peranan Perpustakaan UMP kini dilihat lebih intensif dalam mendukung pelaksanaan Kursus Atas Talian Terbuka (MOOC) melalui perkhidmatan yang mengambilkira enam aspek berikut iaitu sumber yang banyak dan tidak terhad, kepelbagaian jenis bahan, platform yang sesuai dengan penggunaan internet di komputer, telefon bimbit dan tablet;akses tidak terhad (unlimited access) serta  mobile friendly.
Sementara itu, Ketua Pustakawan UMP, Tuan Haji Ruslan Che Pee berkata, pada masa kini Perpustakaan UMP merupakan perpustakaan hybrid yang mana integrasi antara perpustakaan konvensional dan dgital.
“Di samping itu, ianya bertujuan mempromosikan inisiatif perpustakaan dalam menyediakan informasi dan sumber digital bagi membantu dan memudahkan semua pengguna untuk akses koleksi tersebut,” katanya.
UMP kini memiliki sembilan koleksi digital antaranya UMP Institutional Repository (UMPIR), EZPROXY, Online Tutorial dan yang terbaharu adalah eColLIB . Keistimewaan eColLIB membolehkan  pengguna mengakses keseluruhan tesis jika  dibandingkan sebelum ini pengguna hanya boleh mengakses 24 muka surat sahaja. Pengguna boleh mengakses sumber digital ini menerusi laman  sesawang Perpustakaan UMP di umplibrary.ump.edu.my.
Majlis diserikan dengan tayangan video montaj, demo live cara mengakses  sumber digital juga pameran herba untuk kesihatan dan kecantikan, pokok hiasan dan sebagainya.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Ts Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato’  Dr. Mashitah  Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Ketua Pegawai Operasi, Abd. Hamid Majid, Ketua Pegawai Kewangan, Zainuddin Othman juga  Penasihat Undang-Undang, Datin Wan Maizurina Wan Othman serta Timbalan Ketua Pustakawan UMP, Hajah Kamariah Gono.
Disediakan oleh Siti Sarah Mohamad Rajimi dari Bahagian komunikasi Korporat PNC

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 15-11-2017, 12:39:01