UMP memasyarakatkan teknologi bersama masyarakat orang Asli

Cameron Highland, 19 Oktober- Sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan program kesukarelawanan dalam Dakwah Ummah 4.0 bertemakan memasyarakatkan teknologi di Perkampungan Orang Asli Rening yang terletak di Cameron Highlands hasil kerjasama Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi universiti ini. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pemasangan solar di surau, membaikpulih panel solar di rumah penduduk kampung dan pemasangan mini hydro elektrik untuk manfaat penduduk.
 
Menurut  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd. Yunus yang hadir merasmikan program berkata, dalam merealisasikan  agenda Pelan Strategik UMP 2016-2020 bertemakan “MemasyarakatkanTeknologi”, UMP  terus menggembleng bakat-bakat yang ada bagi memastikan kepakaran teknologinya dapat dibawa ke lapangan bagi manfaat masyarakat di peringkat akar umbi.
 
“Dengan kepakaran yang ada sukarelawan UMP membuat pemeriksaan solar dan membersihkan panel solar yang siap terpasang di setiap rumah di sini sejak 13 tahun lalu dalam memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik. Selain itu memasang solar di surau yang dapat dimanfaatkan komuniti di kampung ini,” katanya.
 
Tambah beliau, hasil daripada usaha ini sebanyak tujuh buah rumah telah dapat menerima bekalan elektrik walaupun dengan kapasiti yang terhad dan kerja-kerja baikpulih dijalankan  mengikut kerosakan dan fasa.
 
Sementara itu, sukarelawan daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan turut menjalankan Projek Mini Hidroelektrik dengan mengadakan sesi pengujian menggunakan prototype mini hidro. Mereka telah membina dasar empangan untuk mengalirkan air dengan kapasiti yang sesuai bagi menjana 12 Volt tenaga bagi keperluan penduduk.
 
Program kerjasama ini juga merupakan satu pencapaian yang amat signifikan, terutamanya dalam konteks Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang memerlukan pelbagai agensi kerajaan bersinergi antara satu sama lain bagi menggerakkan projek-projek yang memberi nilai tambah kepada pembangunan sosio-ekonomi rakyat di luar bandar.
 
Sementara itu, pengarah program, Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam, Ustaz Mohamad Hasnur Abdul Hamid berkata, penganjuran program ini juga dapat menerapkan elemen dakwah, ibadah dan khidmat sosial kepada masyarakat setempat sekaligus membuktikan hubungan erat mahasiswa universiti dan komuniti.  
 
Sukarelawan bergotong-royong membersihkan dan mengecat surau bagi menambah keceriaan di samping mengadakan Klinik Fardhu Ain, Tazkirah Subuh Tahsin Al-Quran, Kursus Sembelihan oleh Unit Halal Pejabat Agama Islam Cameron dan pemeriksaan kesihatan kendalian Pejabat Kesihatan Daerah Cameron. Turut diadakan sukaneka, persembahan kebudayaan, kenduri kampung dan Pertandingan Master Chef Masakan Tradisional bagi mengeratkan hubungan dengan masyarakat kampung.
 
Disediakan oleh Siti Nazira Binti Hazudin dari Pusat Islam dan Pembangunan Insan dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 13-11-2017, 11:43:14