Larian LED Dance Music menjelang penganjuran FINOG 2018

Kuantan (11 Nov) - Lebih 1000 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai program Larian LED Dance Music (LDM) anjuran Eco Green Innovation Technology  Society (Eco-Tech)  dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam usaha menyokong teknologi hijau dan kesedaran budaya inovasi dan kreativiti bersempena penganjuran International Festival of Innovation on Green Technology (iFINOG2018) yang bakal berlangsung pada 13 hingga 15 April tahun hadapan.
 
Program bermula dengan taklimat khas berkaitan keselamatan oleh penganjur diikuti  sesi Zumba sebagai persediaan sebelum berlari. Peserta turut dibekalkan dengan lampu LED bagi menghidupkan tema larian. Walaupun dalam keadaan cuaca agak berhujan, peserta tetap bersemangat meneruskan larian sejauh sejauh lima kilometer sekitar kampus.
 
Menariknya pada program terbabit, 200 peserta pertama yang menamatkan larian bukan saja menerima sijil, malahan turut membawa pulang pingat khas dari LDM RUN. Larian ini juga mendapat tajaan utama dari pihak 1000 plus sebagai minuman kecergasan yang dibekalkan kepada para peserta. Di samping itu, peserta larian yang terpilih juga membawa pulang hadiah istimewa menerusi cabutan bertuah iaitu kasut bernilai rm200 dan beg tajaan syarikat BROOKS yang disediakan sebaik tamatnya acara larian sekitar jam 9.30 malam.
 
Pada penganjuran ini juga, peserta yang mendapat tempat pertama bagi kategori lelaki dan wanita turut menerima hadiah berupa kupon yang menyediakan pembelian barang dan peralatan sukan di syarikat penaja dengan nilai RM 1, 000.  
 
Menurut Pengarah LDM, Nik Nazirah Nik Ahmad Khan berkata, penganjuran program ini sebagai  menyokong usaha penghasilan teknologi hijau. Ianya juga menjadi platform terbaik dalam memupuk dan menguarkan budaya inovasi teknologi hijau dalam kalangan masyarakat dalam satu acara sukan.
 
“Kami ingin mengajak warga UMP dan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara, Politeknik, Kolej komuniti serta pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah untuk mengambil bahagian dalam Festival iFINOG2018 tahun depan. Ianya merupakan salah satu usaha dalam mempromosikan agenda UMP iaitu “Communitizing Technology” dan seterusnya memberikan manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.
 
Turut hadir dalam majlis, Pengarah Urusan UMP Holdings Sdn. Bhd, Syed Mohamad Hamzah Al-Junid Syed Abdul Rahman, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Hj Safiee, Pengarah iFINOG, Amirul Asyraf Bohan dan pegawai Jabatan Hal- Ehwal Pelajar (JHEPA) serta barisan MPP. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dari Kelab Kencana Pawana di bawah seliaan Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP.
 
Disediakan oleh Nur Laila Afandi dan disunting oleh Bahagian Komunikasi dan Korporat.
 
Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 13-11-2017, 11:48:52