Awani Rangers UMP suntik bakat mahasiswa dalam pemberitaan

Pekan, 6 November – Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama pihak Astro Awani mengadakan Bengkel Awani Rangers UMP bagi mencari dan melatih bakat baharu mahasiswa dalam bidang pengacaraan dan pemberitaan sebagai salah satu aktiviti dalam menjenamakan universiti.  
Seramai 30 orang pelajar dari Kelab Media Massa hadir menyertai bengkel yang berlangsung selama satu hari di Dewan Bankuet Bangunan Canseleri Tun Razak UMP Pekan.
Menerusi pengalaman ini juga mahasiswa berpeluang meneroka peluang dalam pelbagai bidang dalam meningkatkan kemahiran insaniah terutamanya dalam menyalurkan maklumat dan mengupas isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka.
Hadir menyampaikan ceramah, penyampai berita Saluran Hal Ehwal dan Berita Terkini 24 Jam Astro AWANI, Ashwad Ismail dan penyampai TV, Hilal Azmi yang banyak berkongsi pengalaman menjadi wartawan.
Menurut Ashwad, pihak Astro Awani juga menawarkan satu pengalaman istimewa kepada mahasiswa UMP sebagai pelatih. Program latihan ini  merupakan  platform untuk mencari dan melatih pelajar-pelajar yang berminat menjadi pemberita untuk mengupas dan melaporkan isu-isu semasa berkaitan kandungan tempatan seperti isu kampus, semasa dan lain-lain,” katanya.
 
“Pelajar diberi kebebasan untuk mengupas sebarang isu yang berlaku di sekeliling tempat tinggal pelajar berkenaan meliputi berita dari kampus, berita komuniti atau apa-apa sumber berita yang relevan.
 
“Setiap berita ini akan dipilih dan disaring semula sebelum diterbitkan. Dengan kata lain, tidak semua berita yang dihantar itu akan diterbitkan. Namun mereka akan diberikan latihan dan bimbingan dalam kewartawanan dan pemberitaan oleh editor dan wartawan Astro Awani yang akan menjadi nilai tambah dan kemahiran insaniah (soft skills) kepada diri mereka pada masa akan datang,” katanya.
 
Sementara itu, Presiden Kelab Media Massa UMP, Jannatul Najwa Ramlee dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) berkata, walaupun tidak mempunyai latar belakang kewartawanan, ianya tidak  menghalang beliau dan mahasiswa lain untuk meneruskan minat dalam bidang ini. Selain itu, pengisian di dalam bengkel ini mampu membentuk keyakinan dalam diri serta bekerja dalam pasukan.
Hadir sama dalam majlis penutup Naib Canselor UMP, Dato’ Ts. Dr Daing Nasir Ibrahim, Pendaftar, Abd Hamid Majid, Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor, Saiful Bahri Ahmad Bakarim, Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Dr. Fatimah Ali dan Penolong Pegawai Teknologi maklumat PBMSK, Badrul Naim Abidin.
 
Selain taklimat, pihak Astro Awani turut berpeluang mengadakan lawatan ke Studio Rakaman UMP bertempat di PBMSK  dalam mengenalpasti penggunaan alatan teknikal berkaitan siaraya dan audio visual.Bengkel berakhir dengan latihan amali dan pembentangan berkumpulan dalam menyelesaikan tugasan.  
 
Disediakan oleh Nur Laila Afandi dan disunting oleh Bahagian Komunikasi dan Korporat.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 13-11-2017, 11:47:10