Pertandingan Hackathon pupuk minat pelajar sekolah minat STEM

Pekan, 30 Oktober- Selaras dengan komitmen Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam memasyarakatkan teknologi, penganjuran program berasaskan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) antara aktiviti yang menjadi keutamaan untuk dijalankan bersama komuniti di sekitar negeri Pahang.
Baru-baru ini berlangsung Pertandingan Hackathon Pahang 2017 anjuran Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor dan Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) membabitkan penyertaan dengan penglibatan seramai 72 pelajar sekolah menengah di Negeri Pahang yang berlangsung di Makmal STEM Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE).
Hadir merasmi program, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) FKEE Profesor Madya Dr. Hamdan Daniyal. Hadir sama Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Pekan, Ahmad Zamri Md Isa, Pengurus JJIM, Mohd. Raizalhilmy Mohd. Rais dan pengarah program Dr. Nurul Hazlina Nordin.
Menurut Profesor Madya Dr. Hamdan, pertandingan bertujuan memupuk minat pelajar sekolah menengah dalam meminati bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik khususnya dalam bidang kejuruteraan elektronik.
“Penekanan program ini meliputi pembangunan skil penyelesaian masalah, pendedahan kepada Open-Source Hardware and Software seperti Arduino dan reka bentuk Electronics Embedded System untuk kegunaan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Sementara itu, Dr. Nurul Hazlina berkata, pada peringkat awal semua peserta diberikan satu kit elektronik yang mengandungi satu unit microprocessor dan beberapa unit sensors yang dilengkapi dengan set kod pengaturcaraan (programming codes).
Pelajar juga dikehendaki membangunkan sebuah robot dan melengkapkan kod pengaturcaraan tersebut bagi membolehkan robot dapat beroperasi. Cabaran laluan robot ini dibentangkan (revealed) kepada pelajar pada peringkat berikutnya untuk diolah kod pengaturcaraan yang dibangunkan itu.
Pada akhir pertandingan ini robot yang dihasilkan pelajar diadili dari segi rekabentuk, kepantasan untuk melalui laluan cabaran dan pemahaman pelajar mengenai konsep STEM yang diaplikasi semasa membangunkan robot tersebut.
Dalam pada itu, satu sesi konferen video turut diadakan bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) Petronas ICT Sdn. Bhd, Izwan Hasli Ibrahim bagi memberi motivasi kepada para peserta dengan tajuk "Anak Pahang Seorang Programmer Di Persada Dunia".  
 
Disediakan oleh Mohd. Raizalhilmy Mohd. Rais dari  Jabatan Jaringan Industri dan Masyarakat

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 13-11-2017, 11:44:41