Pemetraian Memorandum Perjanjian UMP Dengan MRL dan CCC Dalam Industri Rel


 

 

Kuantan, 25 September – Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Syarikat Malaysian Rail Link (MRL) dan Syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn.Bhd. (CCCC) dalam pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) bagi melahirkan lebih ramai yang tenaga mahir dalam industri rel dan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE).

 

Dalam majlis ini Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh menyaksikan majlis menandatangani MoA antara Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dengan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak dan Pengarah Urusan Syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn.Bhd. (CCCC), Bai Yinzhan di Hotel Marriott Putrajaya.

 

Program yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Razak  pada 14 Jun 2017 ini dijalankan pihak MRL dengan kerjasama UMP dan tajaan CCCC sebanyak 23 juta  bagi tujuan latihan adalah inisiatif tanggungjawab khidmat sosial bagi melahirkan 3600 pelatih di sepanjang tahun 2017 hingga 2022.   

 

 

 

Program PLKI- ECRLmensasarkan kerja berkaitan projek kemahiran dalam mereka bentuk dan pembinaan rel manakala NRCOE akan mengkoordinasi jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan rel. Pada masa ni seramai 50 orang yang terdiri daripada 21 graduan diploma dan 29 graduan sarjana muda dari pelbagai institusi pendidikan tinggi di seluruh negara mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) di UMP. Tambahan 300 pelatih ambilan kedua dijadualkan akan diambilpada bulan Disember tahun ini.

 

 

UMP telah dilantik sebagai Universiti Fokal bagi program PLKI-ECRL. Dalam membangunkan silibus UMP mendapat kerjasama pihak Beijing Jiaotong University (BJTU) dan Southwest Jiaotong University (SWJU) bagi perkongsian pengetahuan dan tekologi dalam bidang pengangkutan keretapi. 

 

Pada masa ini juga UMP melalui Fakulti Kejuruteraan Mekanikal juga memperkenalkan Program Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Operasi dan Penyelenggaraan Sistem Rel) sebagai kursus elektif  yang  mula ditawarkan pada semester ini.  Manakala UMP sedang merancang  untuk menawarkan Program Teknologi Kejuruteraan Pengurusan Fasiliti (Perkhidmatan Transit) di bawah Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) pada masa hadapan.

 

Menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, kumpulan ini adalah sebahagian pelatih  yang akan dilatih dalam program PLKI- ECRL yang pada peringkat permulaan mensasarkan lepasan universiti yang mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrikal bagi memantapkan pengetahuan dalam bidang teknologi keretapi ini.

 

 

 

“UMP terbabit dalam program latihan seperti pengambilan dan pendaftaran peserta, pembangunan silibus, latihan profesional dan latihan industri, penyediaan tenaga pengajar, kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan serta juga menyokong kepada agenda kebolehpasaran graduan institusi pendidikan tinggi (IPT).

 

Menurut Darwis, program ini dihasratkan Perdana Menteri dalam membangunkan kemahiran dan kepakaran kejuruteraan rakyat Malaysia dalam industri rel di Malaysia melalui kelas dan latihan pekerjaan bagi menjayakan projek ECRL.

 

“Kami merancang untuk mempunyai 1000 pelatih terutamanya dari Pantai Timur dalam suku tahun pertama 2018 dan 3600 menjelang tahun 2022,” katanya dalam menyampaikan ucapan aluan.

 

Pihaknya dengan kerjasama pemegang taruh giat mendapatkan calon lulusan ijazah dan diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal begiti juga dengan calon lepasa Sijil Pelajaran malaysia (SPM atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

 

Baginya lagi, pelatih yang telah menamatkan latihan selama tiga bulan di bawah program PLKI-ECRL ini  akan ditawarkan pekerjaan secara automatik oleh pihak MRL atau CCCC, ataupun  oleh sub-kontraktor masing-masing dalam suku tahun pertama 2018 yang akan menyumbang ke arah pelaksanaan projek infrastruktur berimpak tinggi ini.

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 08-11-2017, 10:29:53