oBIKE tawar perkhidmatan kongsi basikal untuk manfaat warga kampus

Kuala Lumpur, 26 Oktober– Universiti Malaysia Pahang (UMP) bekerjasama dengan syarikat perkongsian basikal terkemuka, oBIKE dalam menerajui inisiatif berbasikal di dalam kampus dengan mengadakan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan oBIKE Malaysia Sdn. Bhd. di pejabat operasinya di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menerusi perjanjian ini, UMP akan membekalkan sebanyak 1200 buah basikal untuk digunakan warga kampus di Gambang dan Pekan. 
 
Kempen berbasikal di dalam kampus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik universiti ini bukan sahaja untuk memenuhi kriteria penilaian UI GreenMetric, tetapi lebih utama merupakan sumbangan UMP ke arah usaha mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran udara. Sehingga kini, UMP telah melaksanakan lebih 30 projek dan inisiatif penghijauan kampus yang menyaksikan penanaman pelbagai spesis tumbuhan, pengurusan air, sisa buangan dan pendidikan.
 
Hadir menandatangani memorandum perjanjian adalah Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) yang juga Ketua Inisiatif Pengangkutan UI Greenmetric, Prof. Dr. Rizalman Mamat. Manakala pihak oBIKE diwakili Pengurus Pembangunan Bisnes, Ian Goh Ee An dan Eksekutif Pembangunan Bisnes, Mohd Hanafi  Hisyam.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir, UMP harus terus melipatgandakan usaha-usaha berkaitan bagi memastikan program penghijauan kampus terus memberikan manfaat kepada warga kerja dan mahasiswa Universiti ini, khususnya dalam meningkatkan kualiti kehidupan dan kesihatan mereka.
“Saya difahamkan basikal ini dilengkapi pelbagai kemudahan canggih dengan tempahan perkhidmatan boleh dilakukan menggunakan telefon pintar. Buat masa ini sebanyak 600 basikal akan ditempatkan di UMP Gambang dan 600 di UMP Pekan dengan memperkenalkan perkhidmatan perkongsian berbasikal tanpa penggunaan tunai di dalam kampus  tidak lama lagi,” katanya.
Sementara itu Ian berkata, selepas membuat proses pendaftaran dan pembayaran, penguna hanya perlu mengimbas QR Code yang tertera di basikal, dan kemudian, basikal tersebut akan dinyahkunci secara automatik melalui kunci yang sedia terpasang pada tayar basikal. Bagi menamatkan sesi berbasikal pula, pengguna hanya perlu meletakkan basikal tersebut di mana-mana tempat yang sesuai untuk meletakkan basikal. Lokasi terakhir basikal tersebut kemudiannya akan dimanfaatkan untuk pengguna lain yang mungkin berada pada sekitar lokasi tersebut. Pihaknya akan membekalkan basikal ini secara berperingkat di lokasi yang akan ditetapkan pihak universiti.
UMP kini berada pada kedudukan ke-58 terbaik dunia berdasarkan usaha meles­tarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking 2016 yang diterbitkan tahun lalu.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 01-11-2017, 10:05:01