Mahasiswa UMP berkelana curah bakti dengan komuniti Phnom Penh

Phnom Penh (Kemboja), 17 Oktober- Satu delegasi khidmat komuniti peringkat antarabangsa yang terdiri daripada mahasiswa Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 3 dan   Kolej Kediaman 4 Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mencurah bakti dan menjalankan ativiti kesukarelawanan bersama masyarakat di Kampung Tralach yang terletak dalam Wilayah Kampong Chnang,Perkampungan Muallaf di Perairan Tonle –Sap, Phnom Penh, Kemboja sebagai tanda  prihatin terhadap kedaifan kehdupan masyarakat Islam yang serba kekurangan.  
 
Program Operasi Khidmat Komuniti Malaysia-Cambodia (OPKIM 2) anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) ini merupakan kesinambungan misi kemanusiaan UMP dalam merealisasikan agenda pengantarabangsaan selain meningkatkan jati diri dan melatih kemahiran kepimpinan mahasiswa.
 
Sepanjang berada di sini pelbagai program dijalankan antaranya memberi sumbangan berbentuk keperluan harian seperti alatan keperluan dan kebersihan diri (Hygiene Kit) akanan, minuman, pakaian, alatan persekolahan, kelengkapan ibadah, dan sebagainya kepada penduduk perkampungan Islam di Kemboja.
 
Menurut Penasihat Program OPKIM 2 dan merupakan Pengetua Kolej Kediaman 3, Rosjuliana Hidayu berkata, program ini dapat menunjukkan sikap cakna terhadap kepentingan khidmat  komuniti dan sifat kesukarelawan dan membangunkan dan memperkasakan kemahiran, pengetahuan, nilai serta kebolehan berinteraksi dalam diri peserta.
 
“Program ini berusaha membantu meringankan beban kehidupan dan meningkatkan kualiti pendidikan masyarakat di kampung berkenaan. Apa yang penting, para peserta dapat bermuhasabah dan bersyukur dengan nikmat dan kemudahan yang lengkap di negara sendiri,” katanya.
 
Tambahnya, selain sumbangan kewangan, mereka turut mewaqafkan telaga pam moden untuk kegunaan harian penduduk kampung  yang menghadapi kesukaran mendapat bekalan air bersih lantaran ketiadaan bekalan paip air terutama di kawasan kampung. Bagi penduduk yang menetap di penempatan yang jauh dari sungai, mereka akan menggali perigi dan kolam untuk mendapat keperluan air di musim hujan dan kemarau.
 
Dalam pada itu, program pendidikan diterapkan melalui modul pendidikan, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Modul khas Modul Bahasa Inggeris “English For Children” telah ditulis sendiri oleh Guru Bahasa dari PBMSK, Nursyaheedah Muhammad Isa  dan Hjh Noor Azlinda Zainal Abidin. Manakala “Modul Pengenalan Asas Bahasa Melayu” telah ditulis oleh Jamilah Bebe Mohamad dan Modul Bahasa Arab “Arabic For You” oleh Rosjuliana Hidayu Rosli dan Buku “Arabic For Beginners” juga diperkenalkan di sana.
 
Sesi terapi minda juga dijalankan oleh Kaunselor Kanan Kaunselor Kanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya , Faten Hameema Rosli yang berkesempatan untuk mengkaji tahap emosi dan minda golongan kanak-kanak dan juga dewasa. Beliau juga turut berkongsi berkaitan teknik pernafasan yang betul dan memberi perkongsian ilmiah kepada para muallaf di perkampungan perairan Tonle-Sap.
 
Sementara itu, pengarah program, Syaza Naziha Amir berkata, banyak pengalaman dan refleksi diri yang diperolehi dari program khidmat komuniti seumpama ini. Program ini membantu mahasiswa UMP menelusuri budaya, ekonomi dan sejarah tamadun Melayu-Islam di samping memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat yang minoritinya beragama Islam di Kemboja.
 
Mereka juga dapat menyaksikan sendiri nasib penduduk yang susah, daif dan sangat memerlukan sumbangan daripada pihak luar. Beliau berharap program sebegini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan citra dan jati diri mahasiswa yang  secara langsung memupuk sifat peka kepada kebajikan komuniti bukan sahaja dalam negara malahan di luar negara.
 
Dengan pelaksanaan program khidmat komuniti ini, warga UMP dapat menyumbang bakti kepada masyarakat luar dan menjalinkan ikatan silaturrahim yang utuh antara mahasiswa dengan komuniti antarabangsa ke arah melahirkan warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 
 
Disediakan oleh Rosjuliana Hidayu Rosli dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 27-10-2017, 13:04:54