UMP amal budaya kerja beretika

Kuantan, 25 Oktober – Barisan pengurusan yang terdiri daripada pegawai utama, dekan, pengarah dan ketua jabatan  Universiti Malaysia Pahang (UMP) diketuai Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim hari ini menandatangani ikrar bebas rasuah untuk memartabatkan budaya kerja berintegriti yang bebas dari sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa ke arah produktiviti tinggi dan prestasi cemerlang organisasi.
 
Majlis dihadiri Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Dato’ Haji Alias Salim dan Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Jamaludin Puteh, sempena Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang berlangsung di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak di Pekan.  Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pendaftar yang juga Ketua Pegawai Operasi, Abd Hamid Majid.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir, aspek kecekapan governan yang dipaksikan oleh ketelusan dan akauntibiliti sentiasa diberikan perhatian serius oleh pihak pengurusan Universiti ini. Selain pendekatan administratif, Universiti sejak awal kewujudannya telah memartabatkan budaya kerja beretika melalui penggubalan satu kerangka yang dinamakan Nilai Teras UMP.
 
“Sebagai kerangka etika utama yang mendasari budaya kerja, kesemua lima NIlai Teras UMP ini bolehlah diibaratkan sebagai tiang seri integriti yang memandu profesionalisme dan kecemerlangan warga kerja dan mahasiswa secara terarah. Sehingga kini, kelima-lima Nilai Teras tersebut iaitu Hubungan Yang Kuat Dengan Maha Pencipta; Teguh Mempertahankan Prinsip Yang Disepakati; Kreatif Dalam Membuat Keputusan Yang Bijaksana; Cekal Menghadapi Cabaran; dan Proaktif dalam tindakan terus menjadi pegangan kami di sini,” katanya.
 
Justeru katanya, penterjemahan falsafah kelima-lima Nilai Teras tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung sentiasa mendasari perencanaan strategi dan tindakan di peringkat pihak pengurusan Universiti ini. Selain kerangka etika tersebut, aspek ketelusan governan, akauntibiliti dan integriti turut diinstitusikan sebagai mekanisme inspektorat dan regulatori melalui Unit Audit Dalam, Bahagian Perundangan & Integriti serta Jabatan Pendaftar.
 
Malahan tidak terhad di peringkat warga kerja, pembudayaan integriti turut diakar-umbikan di peringkat warga mahasiswa di Universiti ini. Dalam hubungan tersebut, UMP turut menyahut seruan untuk menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah yang dinaungi SPRM sebagai sebuah pertubuhan mahasiswa yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti ini.
 
Selain itu, dengan kapasiti kepakaran dan penyelidikan yang dimilikinya, Universiti ini turut komited untuk mendukung usaha kerajaan bagi memartabatkan kecemerlangan sektor awam dan swasta dengan budaya urus tadbir korporat yang berintegriti. Dalam konteks ini, Pusat Tadbir Urus & Integriti (FGIC) di Fakulti Pengurusan Industri UMP dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Institut Urus Tadbir Korporat (MGIC) telah membangunkan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (Anti Bribery Management System – ABMS) yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 3 April 2017 yang lalu.
 
Sebagai sebuah mekanisme yang berteraskan teknologi, ABMS berkeupayaan mengukur, mengesan dan menghalang risiko rasuah dan salah laku dalam kalangan pengurusan atasan, pelabur, pemegang taruh, pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan dalam urusan sesuatu organisasi berdasarkan pembolehubah-pembolehubah khusus yang telah dikenalpasti.
 
Tambah beliau dengan keupayaannya tersebut, UMP sentiasa bersedia untuk berkongsi kepakaran penyelidikannya dengan mana-mana agensi, termasuklah SPRM sebagai rakan sinergi dalam bidang-bidang kolaborasi yang berkaitan.  Malah saya percaya bahawa pada permulaan ini, pihak SPRM dapat turut dilibatkan dalam penganjuran edisi kedua Persidangan Urus Tadbir & Integriti anjuran FGIC UMP yang dijangka berlangsung pada tahun 2018.
 
Dalam pada itu, pihak pengurusan Universiti ini sentiasa mengalu-alukan saranan dan khidmat nasihat daripada pihak SPRM dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek integriti dan akauntibiliti di setiap peringkat operasi UMP sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
 
Disediakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 27-10-2017, 17:27:02