UMP diiktiraf terbaik hasilkan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi

Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus meningkat dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi apabila berjaya meraih kejayaan demi kejayaan dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
 
Kejayaan hasil inovasi UMP memenangi Anugerah Inovasi Negara Kategori Produk pada National Innovation and Creative Economy (NICE) Expo 2017 membuktikan penyelidikan UMP diiktiraf terbaik. Hasil produk PISOPTERA® berteknologi hijau yang pertama di Malaysia ini mesra alam dan sangat sesuai digunakan dalam masalah berkaitan dengan serangan anai-anai. 
 
UMP Ecopest Sdn Bhd merupakan syarikat terbitan UMP dalam mengkomersilkan produk kawalan anai-anai dan produk kawalan serangga (PestKilla). Ianya juga  mendapat fasilitasi pengkomersilan melalui dana Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) di bawah Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC).
 
Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, universiti sentiasa komited untuk menyempurnakan peranan dan tanggungjawab sosialnya secara terarah, selaras dengan agenda ”Memasyarakatkan Teknologi” yang mendasari pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 bagi membangunkan potensi dan daya saing Universiti ini dengan membawa ilmu pengetahuan dan teknologi ke lapangan masyarakat.
 
”Kejayaan ini akan menyuntik semangat warga UMP untuk terus menyokong dan memperkasakan pengkomersilan teknologi di universiti ini dengan menghasilkan produk dan teknologi yang berpotensi untuk dimanfaatkan umum. Misalannya melalui produk seperti Pisoptera masyarakat dapat mengatasi masalah buangan sisa yang tidak terkawal di samping mendapat pulangan dalam bentuk kewangan.
 
“Masalah bahan buangan tandan sawit kosong telah dimanfaatkan melalui teknologi Pisoptera yang mana bahan buangan berkenaan ditukarkan kepada bahan kawalan anai – anai yang bernilai tinggi dan komuniti yang dimanfaatkan adalah industri perumahan dan bangunan komersial,” katanya.
 
Selain itu sebagai galakan dan rangsangan kepada ekosistem penyelidikan dan inovasi yang mengarah kepada memasyarakatkan teknologi, UMP telah memperkenalkan dana khas dinamakan UMP-Community Technology Solution Platform Grant yang akan membantu menyediakan penyelesaian kepada keperluan komuniti dan industri melalui pendekatan teknologi.
 
Ianya termasuklah kepakaran kejuruteraan, saintifik dan teknologi dimiliki UMP yang sangat berkait rapat dengan isu-isu yang paling pokok di peringkat masyarakat akar umbi seperti keperluan tenaga elektrik, bekalan air bersih dan penggunaan bahan bakar. 
 
Lebih membanggakan UMP Ecopest Sdn Bhd dan UMP Keraglow Sdn Bhd  dipilih menerima anugerah University Start – up Recognition Award menerusi program QB3 Train-the-Trainer oleh Malaysian Bioeconomy Corporation di atas prestasi cemerlang syarikat.
 
Universiti ini juga sedang menyusun langkah untuk memberi sokongan yang lebih padu kepada produk-produk yang berpotensi untuk dikomersialkan selain mampu memberi manfaat kepada masyarakat.
 
Selain itu, terdapat juga produk-produk lain yang dibangunkan UMP dan telah memberi manfaat kepada masyarakat seperti Phytogreen, Base Oil, DiaClean, G-Brick dan WASRA.  
 
Dalam pada itu UMP menang 100 peratus apabila dianugerahkan enam pingat emas, dua pingat perak dan tujuh pingat gangsa dalam Pecipta 2017 yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.
 
Produk kawalan anai-anai, PISOPTERA, dihasilkan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Abdul Syukor Abd Razak  ini  turut memenangi pingat emas dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2017 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi baru-baru ini.
 
Pingat emas turut disumbangkan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) iaitu Dr. Noormazlinah Ahmad dengan projek “Oligowell: Inulin Complex from Two Steps Production by Using Agricultural Desolation” yang merupakan inovasi terbaru dalam penghasilan bahan prebiotik yang dikenali sebagai inulin yang dihasilkan melalui teknologi UMP dipasarkan dengan nama "OLIGOWEL Inulin Complex".
 
Inovasi ini bukan hanya menawarkan sejenis sahaja prebiotik (Inulin) malahan dengan gabungan pemanis alternatif yang juga prebiotik yang sangat berkhasiat pada bayi dan pesakit diabetik iaitu Fruktooligosakarida (FOS) menjadikan produk ini lebih bermanfaat di mana ia memberikan dwi-kesan yang optimum pada segenap lapisan masyarakat.
 
Selain itu, cara penghasilannya juga amat berbeza yag mana tidak menggunakan kaedah ekstrak dari pelarut tetapi menggunakan kaedah bioproses teknologi hijau melalui tindakbalas enzim dengan buah-buahan tempatan. 
 
Maka, dengan adanya inovasi ini, OLIGOWELL Inulin Complex merupakan kompleks inulin yang pertama dihasilkan secara komersil di Malaysia dan berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa.  
 
Pingat emas dan anugerah khas turut diraih Profesor Dr. Hayder A. Abdul Bari dengan projek “Novel Fabrication Method of Medical Pre-Testing Microfluidics Blood Flow Chip”. Lain-lain penerima pingat emas adalah Mohd Najib Razali dengan projek “G-TREAT: Smart System for Water Sustainability.”, raih penyelidik Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Dr. Muzamir Hasan dengan projek “Encased Bottom Ash Column: Sustainable Ground Improvement Method” dan Profesor Dr. Md. Mustafizur Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dengan projek “Novel Tool-Wear Mapping for Nano-coolant Based Green Machining Process.”
 
Pingat perak pula disumbangkan oleh Dr. Vo Nguyen Dai Viet dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dan Dr. Yasir Hashim Naif dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). Manakala pingat gangsa dimenangi Profesor Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab (PBMSK), Profesor Madya Dr. Mahadzir Ishak (FKM), Dr. Ftwi Yohaness Hagos (FKM) dan Profesor Madya Dr. Gaanty Pragas Maniam (FSTI). Begitu juga dengan Profesor Madya Dr. Khairunisa Muthusamy (FKASA) Profesor Madya Dr Arun Gupta (FKKSA) dan Dr. Muhammad Nomani Kabir (FSKKP).

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 23-10-2017, 09:55:25