Inisiatif Edu-Tourism, Tasik UMP bakal jadi tumpuan

Pekan, 9 September – Tasik Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan bakal jadi tumpuan pemancing dalam Pertandingan Memancing Terbuka anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP (PSK) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang berlangsung pada 16 September depan (Sabtu).
Landskap UMP sering menjadi tarikan dengan panorama yang boleh dinikmati di sekitarnya dengan cukup mendamaikan. Terdapat empat buah tasik di sekitar UMP dan salah satunya berhadapan perpustakaan yang berkeluasan 44.26 ekar. Tasik ini juga dilengkapi dengan trek jogging sepanjang 1,614 meter turut dilengkapi dengan laluan basikal sepanjang 1,524 meter.
Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato Dr Daing Nasir Ibrahim, penganjuran ini juga menjadikan UMP Pekan sebagai salah satu pusat pendidikan pelancongan (EDU-Tourism) di Pekan Pahang serta bakal melibatkan penyertaan daripada komuniti dari negeri Pahang dan seluruh negara.
 
"UMP sentiasa menitik beratkan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar termasuk memastikan persekitaran tasik ini bersih agar tidak menggangggu ekosistem hidupan di tasik ini. Tasik ini juga sesuai buat orang ramai untuk menjalankan aktiviti  bersukan dan amalan gaya hidup sihat," katanya yang hadir melepaskan lebih 1 tan ikan Talapia Merah, Keli dan Patin ke dalam tasik. Hadir sama Ketua Timbalan Pendaftar Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Datin Fazia Ali dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Hj. Safie. 
Pertandingan memancing ini turut memberi peluang orang ramai menyaksikan keindahan kampus hijau di samping menjalinkan hubungan baik dengan komuniti setempat. Lebih menarik berhampiran tasik ini terdapat Pusat Rekreasi Air dan Tapak Perkemahan.
Selain itu, terdapat Rimbunan Cendekia yang ditanam pohon-pohon hijau sekitar kampus serta Taman Aromatik dengan lebih 20 jenis pokok yang mempunyai aroma seperti Gaharu, Buah Keras,  Cempaka, Kenanga, Tembusu, Kulim dan lain-lain.
 
Sementara itu, Abd. Rahman Hj. Safie berkata, pertandingan memancing pada kali ini menawarkan pelbagai hadiah menarik menanti pemenang iaitu wang tunai RM7,000 kepada pemenang pertama, RM3,000 (pemenang kedua) dan RM1,000 (pemenang ketiga) selain pelbagai hadiah saguhati serta cabutan bertuah. Dengan yuran penyertaan sebanyak RM40 peserta 300 terawal berpeluang mendapat sehelai T-Shirt dan sekiranya bernasib baik mereka dapat menang hadiah lumayan.
  
Orang ramai boleh hadir di meja pendaftaran pada 15 September 2017 mulai jam 3.00 petang hingga 10 malam dan pada 16 September mulai jam 6.30 pagi di Pusat Rekreasi Air UMP Pekan atau menghubungi urus setia di talian 0122641505 / 0133052811/ 0132667011/  012-2846811.  Dalam pada itu pada masa yang sama bakal berlangsung pertandingan catur dan berbasikal dalam merancakkan Sambutan Hari Malaysia.  

Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 11-09-2017, 09:59:18