Bicara Merdeka Semarakkan Semangat Sayangkan Negara


 

Kuantan, 14 September- Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini menganjurkan program Bicara Merdeka sempena Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Gambang.
Lebih 500 warga UMP hadir dalam program dianjurkan Jabatan Pendaftar merupakan  sebahagian daripada pengisian yang diatur sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Hadir menyampaikan ceramah, Ketua Unit Latihan Khas Strategik Maqasid Syariah Majlis Keselamatan Negara, Idris Haji Abdul Hamid. Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof Dato Dr Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Mashitah Mohd Yusof, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato Dr Rosli Mohd Yunus) dan Pendaftar, Abd Hamid Majid. 
"Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi pelaksanaan dasar- dasar berkaitan keselamatan Malaysia," kata Idris.
Dalam berkongsi pengalaman, Idris berkongsi pengalaman dalam misi penyelamat dan mempertahankan negara terutamanya dalam usaha menyelamat Insiden penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 di kawasan bergolak di Ukraine berdekatan sempadan Rusia. 
Selain itu berkongsi tentang isu kedaulatan negara dan situasi ancaman keselamatan di luar Negara yang berlaku kini termasuk pergolakan di Palestin dan Turki.
Menurut Dato Dr Daing Nasir berkata, program ini dapat memberi pencerahan  peranan Majlis Keselamatan Negara dalam misi menyelamat kepada warga UMP khasnya dan masyarakat amnya, terutamanya generasi muda untuk menghayati erti dan nilai kemerdekaan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. 
Selain itu, berupaya menampilkan perspektif patriotisme dalam konteks peranan UMP sebagai sebuah menara gading dan gedung ilmu pengetahuan.
UMP  turut mengadakan pameran sejarah kemerdekaan UMP yang dibuka untuk dikunjungi di Perpustakaan UMP, Pertandingan Memancing Terbuka pada 16 September ini di Tasik UMP Pekan. Lain-lain  Pertandingan Fotografi, Forum Kemerdekaan dan Mesej Aspirasi Merdeka.
Universiti juga menjayakan konvoi Jelajah Kembara Waqaf Merdeka 60  yang bergerak mengibarkan jalur gemilang selama 60 jam ke seluruh Semenanjung Malaysia sambil mempromosikan Waqaf UMP.
Dalam majlis  ini  menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Fotografi  Jalur Gemilang dimenangi Jabatan Pendaftar manakala Video Pendek (Kategori Pelajar) adalah Nur Muhammad Nur Ayman Hussin manakala Video Pendek (Kategori Staf) dimenangi Pejabat Naib Canselor.
Bersempena dengan itu juga berlangsungnya pelancaran Kempen The Power of RM1 anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Iktisas (PPTI) bagi menyokong usaha pembinaan Masjid UMP yang sedang dibangunkan di kampus UMP Pekan.  

 

Kuantan, 14 September- Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini menganjurkan program Bicara Merdeka sempena Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Gambang.

Lebih 500 warga UMP hadir dalam program anjuran Jabatan Pendaftar yang merupakan  sebahagian daripada pengisian yang diatur sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Hadir menyampaikan ceramah, Ketua Unit Latihan Khas Strategik Maqasid Syariah Majlis Keselamatan Negara, Idris Haji Abdul Hamid. Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof Dato Dr Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Mashitah Mohd Yusof, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato Dr Rosli Mohd Yunus dan Pendaftar, Abd Hamid Majid. 

 

"Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi pelaksanaan dasar- dasar berkaitan keselamatan Malaysia," kata Idris.

Dalam berkongsi pengalaman, Idris berkongsi pengalaman dalam misi penyelamat dan mempertahankan negara terutamanya dalam usaha menyelamat Insiden penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 di kawasan bergolak di Ukraine berdekatan sempadan Rusia. 

Selain itu beliau turut berkongsi tentang isu kedaulatan negara dan situasi ancaman keselamatan di luar Negara yang berlaku kini termasuk pergolakan di Palestin dan Turki.

Menurut Dato Dr Daing Nasir berkata, program ini dapat memberi pencerahan tentang peranan Majlis Keselamatan Negara dalam mempertahankan kedaulatan negara di samping  misi menyelamat kepada warga UMP khasnya dan masyarakat amnya, terutamanya kepada generasi muda agar dapat menghayati erti dan nilai kemerdekaan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. 

   

Sementara itu, bagi peserta program, Haji Abdul Shukur Ishak  yang juga Timbalan Pendaftar Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH) berkata, penceramah banyak memberikan pendedahan mengenai kerja-kerja di sebalik tabir yang dilaksanakan pihak MKN termasuklah operasi genting yang mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. 

UMP  turut mengadakan pameran sejarah kemerdekaan UMP, Pertandingan Memancing Terbuka pada 16 September ini di Tasik UMP Pekan. Lain-lain Pertandingan Fotografi, Forum Kemerdekaan dan Mesej Aspirasi Merdeka.

Universiti juga menjayakan konvoi Jelajah Kembara Waqaf Merdeka 60  yang bergerak mengibarkan jalur gemilang selama 60 jam ke seluruh Semenanjung Malaysia sambil mempromosikan Waqaf UMP.

Dalam majlis  ini  menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Fotografi  Jalur Gemilang dimenangi Jabatan Pendaftar manakala Video Pendek (Kategori Pelajar) adalah Nur Muhammad Nur Ayman Hussin manakala Video Pendek (Kategori Staf) dimenangi Pejabat Naib Canselor.

Bersempena dengan itu juga berlangsungnya pelancaran Kempen The Power of RM1 anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Iktisas (PPTI) bagi menyokong usaha pembinaan Masjid UMP yang sedang dibangunkan di kampus UMP Pekan.  

 

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC



Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 14-09-2017, 15:59:55