Alumni UMP Jurutera Tani


 

Pekan, 5 September- Minat dalam bidang pertanian sejak kecil membolehkan lepasan graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Muhsin Khalid, 22 tahun yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan mengusahakan ladang sayur-sayuran di Kg. Rusa Pekan Pahang.
Walaupun tidak mempunyai latar belakang yang formal dalam bidang pertanian tetapi tindakan Muhsin yang minat membantu melakukuan aktiviti menanam sayur semasa membantu arwah datuk dan nenek menanam cili di kebun ditambah dengan peluang menjalani latihan industri dan membuat penyelidikan untuk projek fertigasi menyebabkan beliau terus `jatuh cinta’ dan mengorak langkah berbakti dengan tanah.
Menurut Muhsin, setelah  menamatkan pengajian sekitar tahun 2016 beliau bekerja di sebuah ladang seluas ¾ ekar di tanah milik keluarga angkatnya di Kg. Rusa Pekan. Dengan ilmu dan pengalaman yang ditimba ini penanaman secara serius dijalankan mulai bulan April 2017 dengan menanam 1500 pokok terung bulat dan 1000 pokok terung mini secara fertigasi.
“Untuk fasa kedua tanaman seperti kacang panjang, kacang buncis, sawi, salad, daun sup dan daun bawah akan mula ditanam tidak lama lagi setelah mengambil kira permintaan dan harga pasaran,” katanya. Beliau yang bercita-cita untuk menjadi pengusaha ladang sayur berhasrat membuka sendiri tapak pertanian dengan menyewa tanah bagi meneruskan usaha membangunkan ladang sayurnya.  
Bagi Muhsin, bidang kejuruteraan yang dimiliknya memberi kelebihan buatnya. Sebagai contoh penggunaan pam air yang mana pengiraan tekanan air penting bagi memastikan setiap beg semaian disiram dengan lebih berkesan dan sama.
Menceritakan pahit getir bergelumang dalam bidang pertanian khususnya penanaman sayur, Muhsin berkata berkebun nampak mudah tetapi risiko dalam bertani juga amat tinggi. Selain itu, untuk menjalankan projek fertigasi memerlukan modal yang agak tinggi selain risiko penyakit tanaman, bencana banjir dan lambakan sayur dari pemborong yang mana terdapat perubahan naik dan turun harga. 
Muhsin melahirkan rasa terharu dengan sokongan bekas pensyarahnya iaitu Dr. Nor Hanuni Ramli @Said dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli dan  begitu juga dengan bimbingan bekas penyelidik dan pesara dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),  Abd Kadir Yusof, 60 yang mempunyai pengalaman hampir 36 tahun dalam mengusahakan kebun turut menyuntik semangatnya untuk terus berjaya. 
Lebih bermakna galakkan dan sokongan daripada ahli keluarga terutama ibunya sentiasa menjadi pendorong untuk terus berjaya. Selain itu, pihak Jabatan Pertanian juga banyak memberikan khidmat nasihat dan bimbingan.
Muhsin tidak akan melupakan jasa dan khidmat bakti rakan-rakan alumni dan mahasiswa UMP serta staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang banyak membantu dengan menjalankan program khidmat bakti dan kesukarelawanan sewaktu menjalankan pemasangan sistem tangka dan susunan beg semaian di tapak ladang.  

 

 

Pekan, 5 September- Minat dalam bidang pertanian sejak kecil membolehkan lepasan graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Muhsin Khalid, 22 tahun yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan mengusahakan ladang sayur-sayuran di Kg. Rusa Pekan Pahang.

Walaupun tidak mempunyai latar belakang yang formal dalam bidang pertanian tetapi tindakan Muhsin membantu arwah datuk dan nenek menanam cili di kebun ditambah dengan peluang menjalani latihan industri dan membuat penyelidikan untuk projek fertigasi menyebabkan beliau terus `jatuh cinta’ dan mengorak langkah berbakti dengan tanah.

Menurut Muhsin, setelah  menamatkan pengajian sekitar tahun 2016 beliau bekerja di sebuah ladang seluas ¾ ekar di tanah milik keluarga angkatnya di Kg. Rusa Pekan. Dengan ilmu dan pengalaman yang ditimba ini penanaman secara serius dijalankan mulai bulan April 2017 dengan menanam 1500 pokok terung bulat dan 1000 pokok terung mini secara fertigasi.

 

 

“Untuk fasa kedua tanaman seperti kacang panjang, kacang buncis, sawi, salad, daun sup dan daun bawang akan mula ditanam tidak lama lagi setelah mengambil kira permintaan dan harga pasaran,” katanya. Beliau yang bercita-cita untuk menjadi pengusaha ladang sayur berhasrat membuka sendiri tapak pertanian dengan menyewa tanah bagi meneruskan usaha membangunkan ladang sayurnya.  Bagi Muhsin, bidang kejuruteraan yang dimiliknya memberi kelebihan buatnya. Sebagai contoh penggunaan pam air yang mana pengiraan tekanan air penting bagi memastikan setiap beg semaian disiram dengan lebih berkesan dan sama.

Menceritakan pahit getir bergelumang dalam bidang pertanian khususnya penanaman sayur, Muhsin berkata berkebun nampak mudah tetapi risiko dalam bertani juga amat tinggi. Selain itu, untuk menjalankan projek fertigasi memerlukan modal yang agak tinggi selain risiko penyakit tanaman, bencana banjir dan lambakan sayur dari pemborong yang mana terdapat perubahan naik dan turun harga.

 

 

Muhsin melahirkan rasa terharu dengan sokongan bekas pensyarahnya iaitu Dr. Nor Hanuni Ramli @Said dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli dan  begitu juga dengan bimbingan bekas penyelidik dan pesara dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),  Abd Kadir Yusof, 60 yang mempunyai pengalaman hampir 36 tahun dalam mengusahakan kebun turut menyuntik semangatnya untuk terus berjaya.

Lebih bermakna galakkan dan sokongan daripada ahli keluarga terutama ibunya sentiasa menjadi pendorong untuk terus berjaya. Selain itu, pihak Jabatan Pertanian juga banyak memberikan khidmat nasihat dan bimbingan.

Muhsin tidak akan melupakan jasa dan khidmat bakti rakan-rakan alumni dan mahasiswa UMP serta staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang banyak membantu dengan menjalankan program khidmat bakti dan kesukarelawanan sewaktu menjalankan pemasangan sistem tangki dan susunan beg semaian di tapak kebun.

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 08-09-2017, 17:04:26