Pensyarah UMP rakam detik fenomena gerhana matahari


 

Amerika Syarikat, 21 Ogos- Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham menyertai satu kumpulan pengkaji dan ahli astronomi amatur Malaysia dalam misi mencerap fenomena gerhana matahari penuh di Oregon, Amerika Syarikat baru-baru ini.
 
Beliau yang sedang menyambung pengajian ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Hadith dan Astronomi telah berjaya merakamkan video dan gambar ekslusif sepanjang fenomena itu berlaku.
 
Menurut Ustaz Irfan, gerhana matahari penuh kali ini agak unik kerana ianya hanya boleh disaksikan di satu garisan merentasi pantai barat ke pantai timur Amerika Syarikat.
 
“Jutaan penyelidik dan ahli astronomi berkumpul di situ bagi menyaksikan fenomena yang berlaku sekitar dua minit.  Beberapa kajian lanjutan seperti perubahan suhu serta pengaruh gerhana kepada tabiat manusia dan haiwan turut dilakukan,” katanya.
 
Tambah beliau, fenomena gerhana matahari penuh telah berlaku di Indonesia tahun lepas. Di Malaysia katanya, kita akan dapat menyaksikan gerhana matahari cincin pada 26 Disember 2019 di selatan tanah air serta di Sarawak. Selain itu, gerhana matahari penuh yang akan datang akan berlaku, antaranya di Amerika Selatan pada 2 Julai 2019 dan sekali lagi di Amerika Syarikat pada 8 April 2024. 
 
Video rakaman beliau boleh ditonton dalam https://youtu.be/AnLmQTJivog
 
Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

 

Amerika Syarikat, 21 Ogos- Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham menyertai satu kumpulan pengkaji dan ahli astronomi amatur Malaysia dalam misi mencerap fenomena gerhana matahari penuh di Oregon, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beliau yang sedang menyambung pengajian ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Hadith dan Astronomi telah berjaya merakamkan video dan gambar ekslusif sepanjang fenomena itu berlaku. Menurut Ustaz Irfan, gerhana matahari penuh kali ini agak unik kerana ianya hanya boleh disaksikan di satu garisan merentasi pantai barat ke pantai timur Amerika Syarikat. “Jutaan penyelidik dan ahli astronomi berkumpul di situ bagi menyaksikan fenomena yang berlaku sekitar dua minit.  Beberapa kajian lanjutan seperti perubahan suhu serta pengaruh gerhana kepada tabiat manusia dan haiwan turut dilakukan,” katanya.

Tambah beliau, fenomena gerhana matahari penuh telah berlaku di Indonesia tahun lepas. Di Malaysia katanya, kita akan dapat menyaksikan gerhana matahari cincin pada 26 Disember 2019 di selatan tanah air serta di Sarawak. Selain itu, gerhana matahari penuh yang akan datang akan berlaku, antaranya di Amerika Selatan pada 2 Julai 2019 dan sekali lagi di Amerika Syarikat pada 8 April 2024.   Video rakaman beliau boleh ditonton dalam https://youtu.be/AnLmQTJivog

 

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 06-09-2017, 11:12:31