UMP terima kunjungan UTEM bagi tanda aras penghijauan kampus


 

Pekan, 28 Ogos - Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima kunjungan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang merupakan salah satu universitri dalam  Jaringan Universiti-Universiti Teknikal (MTUN) bagi berkongsi pengalaman universiti dalam  penghijauan kampus.
UMP meraih kedudukan ke-58 terbaik dunia berdasarkan usaha meles­tarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking 2016 yang diterbitkan tahun lalu.
Lawatan dari Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti)  antara inisiatif jabatan tersebut untuk mendapatkan tanda aras bagi memperbaharui atau mempertingkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga UTEM khususnya.
Mengetuai delegasi, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti), Prof Dr Mohd Ridzuan Nordin yang turut dihadiri Ketua Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar, Prof Madya Juhari Ab.Razak. Manakala UMP dihadiri Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar, Haryani Abdullah.
“UMP boleh dijadikan contoh kerana UMP antara univerisiti awam yang masih baru namun telah melakar pelbagai kejayaan yang wajar dijadikan panduan. Kami juga saling bertukar idea baru dan pendapat dari segi pengurusan yang membantu meningkatkan imej dan mutu jabatan kami sekaligus dapat memberikan pekhidmatan yang terbaik kepada warga UTEM,” kata Prof Madya Juhari.
Perbincangan turut melibatkan pelbagai jabatan lain dari UMP termasuklah  Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH), Bahagian Keselamatan (BKES),Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Kualiti (JHKK),Unit Kecekapan Tenaga Jabatan Penyelidikan dan Inovasi serta Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO).
 
Disediakan oleh Nor Fadzillah Zulkipli dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

 

 

 

Pekan, 28 Ogos - Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima kunjungan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang merupakan salah satu universitri dalam  Jaringan Universiti-Universiti Teknikal (MTUN) bagi berkongsi pengalaman universiti dalam  penghijauan kampus. UMP meraih kedudukan ke-58 terbaik dunia berdasarkan usaha meles­tarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking 2016 yang diterbitkan tahun lalu.

 

 

 

Lawatan dari Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) ini merupakan inisiatif jabatan tersebut untuk mendapatkan tanda aras bagi memperbaharui atau mempertingkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga UTEM khususnya. Mengetuai delegasi, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti), Prof Dr Mohd Ridzuan Nordin yang turut dihadiri Ketua Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar, Prof Madya Juhari Ab.Razak. Hadir menyambut delegasi adalah Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar, Haryani Abdullah.

 

 

 

“UMP boleh dijadikan contoh kerana UMP antara univerisiti awam yang masih baru namun telah melakar pelbagai kejayaan yang wajar dijadikan panduan. Kami juga saling bertukar idea baru dan pendapat dari segi pengurusan yang membantu meningkatkan imej dan mutu jabatan kami sekaligus dapat memberikan pekhidmatan yang terbaik kepada warga UTEM,” kata Prof Madya Juhari.

Perbincangan turut melibatkan pelbagai jabatan lain dari UMP termasuklah  Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH), Bahagian Keselamatan (BKES),Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Kualiti (JHKK), Unit Kecekapan Tenaga, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi serta Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO).

 

Disediakan oleh Nor Fadzillah Zulkipli dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 04-09-2017, 14:00:09