Warga UMP laksana Ibadah Korban


 

Gambang, 4 September – Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) bergotong-royong menjayakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berjalan serentak di kedua-dua kampus di UMP Pekan dan Gambang anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) hari ini.
 
Program bermula seawal jam 8.00 pagi ini melibatkan lebih 80 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar UMP dalam menjalankan kerja-kerja menyembelih, melapah, menimbang, mengagih daging dan memasak. 
 
Hadir menyaksikan program, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, pihaknya berbangga kerana dapat menyempurnakan ibadah korban dan daging korban ini diagihkan kepada golongan yang layak sekitar Pekan dan Kuantan.
 
“Pelaksanaan program ini dapat meningkatkan kefahaman warga kampus tentang ibadah korban selain mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga UMP. Sembilan ekor lembu disembelih termasuk tiga sumbangan pihak luar untuk Masjid UMP Pekan bersempena dengan program korban ini. Daging lembu ini diagihkan kepada masyarakat setempat selain disajikan kepada warga kampus,” katanya sewaktu menyaksikan program korban di UMP Gambang.
 
Dalam pada itu, bagi meningkatkan kecekapan dalam menyediakan juadah di masjid, UMP menghasilkan inovasi dengan mencipta alat pengacau automatik yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada program ini. Periuk dilengkapi pengacau ini hasil inovasi pensyarah dan staf dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) yang diketuai Dekannya, Profesor Dato' Dr. Zularisam Abd. Wahid ini mampu mengurangkan penggunaan tenaga kerja serta mampu mempercepatkan proses memasak.
 
Beliau mengharapkan kumpulan ini dapat menghasilkan reka bentuk yang lebih fleksibal dan menambah baik kualiti serta boleh diperkenalkan kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan pengusaha makanan atau industri berkaitan pada masa akan datang.
 
Turut hadir dalam program dan menyerahkan daging korban adalah  Pengarah  PIMPIN, Dr. Mahyuddin Ismail dan Timbalan Pendaftar Kanan UMP Gambang, Haji Wan Abdul Rashid Wan Abdul Rahman.
 
Disediakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

 

Gambang, 4 September – Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) bergotong-royong menjayakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berjalan serentak di kedua-dua kampus di UMP Pekan dan Gambang anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) hari ini. Program bermula seawal jam 8.00 pagi ini melibatkan lebih 80 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar UMP dalam menjalankan kerja-kerja menyembelih, melapah, menimbang, mengagih daging dan memasak. Hadir menyaksikan program, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, pihaknya berbangga kerana dapat menyempurnakan ibadah korban dan daging korban ini diagihkan kepada golongan yang layak sekitar Pekan dan Kuantan.

 

“Pelaksanaan program ini dapat meningkatkan kefahaman warga kampus tentang ibadah korban selain mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga UMP. Sembilan ekor lembu disembelih termasuk tiga sumbangan pihak luar untuk Masjid UMP Pekan bersempena dengan program korban ini. Daging lembu ini diagihkan kepada masyarakat setempat selain disajikan kepada warga kampus,” katanya sewaktu menyaksikan program korban di UMP Gambang.

Dalam pada itu, bagi meningkatkan kecekapan dalam menyediakan juadah di masjid, UMP menghasilkan inovasi dengan mencipta alat pengacau automatik yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada program ini. Periuk dilengkapi pengacau ini hasil inovasi pensyarah dan staf dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) yang diketuai Dekannya, Profesor Dato' Dr. Zularisam Abd. Wahid ini mampu mengurangkan penggunaan tenaga kerja serta mampu mempercepatkan proses memasak.

 

Beliau mengharapkan kumpulan ini dapat menghasilkan reka bentuk yang lebih fleksibal dan menambah baik kualiti serta boleh diperkenalkan kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan pengusaha makanan atau industri berkaitan pada masa akan datang. Turut hadir dalam program dan menyerahkan daging korban adalah  Pengarah  PIMPIN, Dr. Mahyuddin Ismail dan Timbalan Pendaftar Kanan UMP Gambang, Haji Wan Abdul Rashid Wan Abdul Rahman.

 

Disediakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

 



Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 04-09-2017, 12:54:52