Kembara Minda Staf Cemerlang


 

Kuala Lumpur, 28 Ogos – Seramai 40 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai program Kembara Minda Siri 1/2017 yang telah berlangsung selama tiga hari  di Hotel Impiana, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Program dianjurkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar   sebagai menghargai kumpulan pelaksana yang mencapai prestasi pada Tahap Spectrum 4MT (Meet Target) bagi tahun perkhidmatan 2016 selari dengan pelaksanaan Pay for Performance.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid. Dalam ucapannya beliau melahirkan ucapan tahniah kepada staf yang terpilih dan mengharapkan dapat mengekalkan prestasi cemerlang untuk kemajuan universiti pada masa akan datang.
“Program ini merupakan salah satu pengiktirafan UMP terhadap sumbangan dan perkhidmatan cemerlang mereka terhadap universiti. Justeru, diharapkan setiap staf harus meningkatkan produktiviti di dalam pelaksanaan tugas agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan universiti,” katanya.
Sementara itu, menurut Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar, Haryani Abdullah, program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada staf yang cemerlang untuk meningkatkan prestasi agar terus menyumbang kepada UMP dalam mencapai visi dan misi UMP.
Pada masa yang sama, dalam program ini setiap staf juga dapat meningkatkan pengetahuan, daya pemikiran dan pengalaman staf melalui sesi lawatan ke SPRM seterusnya dapat berkongsi inovasi produktiviti perkhidmatan agar lebih berkualiti.
Tambahnya lagi, dalam program ini setiap peserta juga akan melibatkan diri dalam aktiviti Corporate  Sosial Responsibility (CSR) agar dapat membentuk nilai teras dan peribadi yang baik dalam diri staf UMP.
Apa yang lebih menaraiknya, semua aktiviti dalam CSR ini akan dibangunkan dan dijalankan sendiri dikalangan peserta yang mengikuti program ini. Pelbagai aktiviti yang diaturkan sepanjang program berlangsung antaranya seperti Lawatan ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur, COO Address dan program CSR di Rumah Raudhatus Sakinah, Selangor
Bagi peserta dari Jabatan Pendaftar, Noranita Mohammad berkata,semasa berkunjung di SPRM, mereka telah diberi ceramah berkaitan kesedaran berkaitan rasuah dalam kalangan penjawat awam serta dibawa melawat sekitar galeri SPRM termasuk  bilik rakaman audio dan siasatan.
Peserta juga berpeluang menjalankan program CSR di Rumah Raudhatus Sakinah, Selangor menerusi aktiviti gotong royong, penyerahan sumbangan keperluan makanan, telekong,sejadah, keperluan asasi dan penyerahan meja lanskap untuk dimanfaatkan penghuni rumah berkenaan.
Tambah beliau, bagi  melancarkan program ini pihaknya melancarkan kempen RM 1 kepada semua warga UMP sehingga berjaya mendapatkan sumbangan  berjumlah RM 4373.40 menerusi sumbangan inilah yang kami dapat melancarkan aktiviti yang dijalankan. Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah merupakan Insitusi bimbingan dan perlindungan sementara anak –anak gadis yang menjadi ibu tanpa ikatan sah dari segi hukum syarak dan mereka diberi khidmat bimbingan, sokongan emosi dan pendidikan untuk meneruskan kehidupan.
Disediakan Nor Salwana Mohd Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat PNC

 

 

 

Kuala Lumpur, 28 Ogos – Seramai 40 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai program Kembara Minda Siri 1/2017 yang telah berlangsung selama tiga hari  di Kuala Lumpur baru-baru ini. Program dianjurkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar   sebagai menghargai kumpulan pelaksana yang mencapai prestasi pada tahap Spectrum 4MT (Meet Target) bagi tahun perkhidmatan 2016 selari dengan pelaksanaan Pay for Performance yang sedang dilaksanakan di universiti ini.

 

 

Program telah dirasmikan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid yang melahirkan ucapan tahniah kepada staf yang terpilih dan mengharapkan dapat mengekalkan prestasi cemerlang untuk kemajuan universiti pada masa akan datang. Katanya, program ini merupakan salah satu pengiktirafan UMP terhadap sumbangan dan perkhidmatan cemerlang mereka terhadap universiti. Justeru, diharapkan setiap staf harus meningkatkan produktiviti di dalam pelaksanaan tugas agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan universiti..

Sementara itu, menurut Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar, Haryani Abdullah, program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada staf yang cemerlang untuk meningkatkan prestasi agar terus menyumbang kepada UMP dalam mencapai visi dan misi UMP. "Pada masa yang sama, dalam program ini setiap staf juga dapat meningkatkan pengetahuan, daya pemikiran dan pengalaman staf melalui sesi lawatan ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur seterusnya dapat berkongsi inovasi produktiviti perkhidmatan agar lebih berkualiti," katanya.

Tambahnya lagi, dalam program ini setiap peserta juga melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan Corporate  Sosial Responsibility (CSR) agar dapat membentuk nilai teras dan peribadi yang baik dalam diri staf UMP. Apa yang lebih menariknya, semua aktiviti dalam CSR ini  dibangunkan dan dijalankan sendiri dalam kalangan peserta yang mengikuti program ini. Pelbagai aktiviti yang diaturkan sepanjang program berlangsung antaranya seperti  COO Address dan program CSR di Rumah Raudhatus Sakinah, Selangor.

Bagi peserta dari Jabatan Pendaftar, Noranita Mohammad berkata,semasa berkunjung di SPRM, peserta telah diberi ceramah berkaitan kesedaran berkaitan rasuah dalam kalangan penjawat awam serta dibawa melawat sekitar galeri SPRM termasuk  bilik rakaman audio dan siasatan.

Peserta juga berpeluang menjalankan program CSR di Rumah Raudhatus Sakinah, Selangor menerusi aktiviti gotong royong, penyerahan sumbangan keperluan makanan, telekong,sejadah, keperluan asasi dan penyerahan meja lanskap untuk dimanfaatkan penghuni rumah berkenaan. Tambah beliau, bagi  melancarkan program ini pihaknya melancarkan kempen RM 1 kepada semua warga UMP sehingga berjaya mendapatkan sumbangan berjumlah RM 4373.40 menerusi sumbangan inilah yang kami dapat melancarkan aktiviti yang dijalankan. Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah merupakan Insitusi bimbingan dan perlindungan sementara anak –anak gadis yang menjadi ibu tanpa ikatan sah dari segi hukum syarak dan mereka diberi khidmat bimbingan, sokongan emosi dan pendidikan untuk meneruskan kehidupan.

 

Disediakan Nor Salwana Mohd Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat PNC

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 05-09-2017, 16:55:45