UMP terima 2007 mahasiswa baharu mendaftar

Kuantan, 28 Ogos – Seramai 2007 mahasiswa baharu mendaftar pada hari pertama program pendaftaran bagi mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2017/2018 pada kali ini yang berlangsung serentak di Kompleks Sukan UMP Gambang dan Pusat Aktiviti Pelajar UMP  Pekan baru-baru ini.
Hadir meraikan mahasiswa dan keluarga adalah Naib Canselor UMP, Profesor Dato Dr. Daing Nasir Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus  dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Mohd. Yunus.  
Profesor Dato Dr. Daing Nasir berkata, pada kemasukan pelajar sesi akademik ini, UMP menawarkan 26 program di peringkat Ijazah Sarjana Muda termasuk program kejuruteraan, program teknologi kejuruteraan, program  sains komputer, program dwiijazah, pengurusan industri, program sains gunaan dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
“UMP menawarkan program dwi-ijazah bertaraf antarabangsa melibatkan kerjasama dengan pihak institusi pengajian di Jerman, Hochschule Karlsruhe, University of Applied Sciences Jerman (HsKA) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan Kepujian dengan Northern Illinois University (NIU), Amerika Syarikat,” katanya.
Pada tahun ini juga UMP menawarkan program baharu iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA).
Dalam pada itu, seramai 22 mahasiswa baharu yang mendaftar masuk UMP kali ini bakal menerima  Skim Bantuan Insentif Pendidikan bernilai  RM 1,000 bagi seorang mahasiswa diluluskan untuk manfaat mahasiswa baharu yang menghadapi masalah kewangan. Bantuan ini disaring di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bertujuan membolehkan para mahasiswa baharu yang mempunyai masalah kewangan yang mendesak menyediakan keperluan berkaitan bagi memulakan pengajian di sini.
Usaha ini adalah sebahagian daripada Inisiatif MyGift yang diperkenalkan UMP dalam usaha menjadi universiti komuniti dan sebagai satu usaha mengumpul sumbangan daripada mana-mana pihak bagi menyalurkan sumbangan endowmen bagi tujuan tajaan pelajaran, penyediaan kemudahan prasarana kepada pelajar mahupun membudayakan semangat membantu golongan yang memerlukan.
UMP juga menyediakan kaunter rundingan yang melibatkan Jabatan Bendahari, Bahagian Pengurusan Akademik dan Unit Pembiayaan dan Kebajikan Pelajar bagi membantu memberi nasihat dan rundingcara bagi pelajar yang mempunyai masalah berkaitan yuran pengajian dan sebagainya.
Menurut salah seorang penerima sumbangan Intensif Pendidikan ini, Nik Muhammad Azzam Nik Mat, 20 dari Kampung Kubang Telaga Bachok Kelantan amat berterima kasih dengan sumbangan dan bantuan yang UMP berikan. Ayahnya Nik Mat Saamah, 65, terharu apabila Nik Muhammad merupakan satu-satunya anak yang berjaya ke universiti.  
Begitu juga dengan Nor Farah Diana Azad yang akan mengikuti pengajian di Fakulti Sistem Komputer dan kejuruteraan Perisian. Ayahnya, Azad Mohd Ismail terpaksa menyewa kereta untuk menghantar beliau dan membawa ibu dan adik beradiknya  yang lain semata-mata untuk memastikan hadir mendaftar masuk universiti. Beliau tidak menyangka berpeluang mendapat kemudahan insentif pendidikan ini dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh hingga tamat pengajian.
  
Minggu Induksi Siswa (MINDS) berlangsung mulai 27 Ogos hingga 2 September ini melibatkan semua pelajar baharu. Selain taklimat akademik dan pengenalan kepada kehidupan kampus turut diadakan program Majlis Amanat Naib Canselor dan Ikrar Mahasiswa dan Program bersama Majlis Perwakilan Pelajar.

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 28-08-2017, 13:01:26