Mahasiswa dituntut cipta kecemerlangan


 

Kuantan, 29 Ogos- Mahasiswa universiti dituntut memaknakan kehidupan kampus dengan mengejar kecemerlangan dalam membina keunggulan peribadi, pengajian dan  cita-cita kerana universiti adalah tempat semaian membentuk intelektualisme diri untuk menjadi insan yang boleh berbakti untuk agama, bangsa dan negara.  
"Universiti berperanan membentuk individu seimbang yang bukan sahaja pandai namun boleh menyumbang kepada pembangunan Negara. Justeru,  UMP memperkenalkan Sistem Purata Penilaian Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA)  yang sedang dilaksanakan di universiti ini bagi menilai kebolehan graduan bukan sahaja daripada segi peningkatan akademik malah turut menilai kebolehan pelajar dalam bidang keusahawanan, kemampuan pengurusan, kemahiran sosial dan berkomunikasi," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim. 
Katanya, pelaksanaan Sistem Profil Pelajar di universiti juga mampu memenuhi kehendak industri moden masa kini yang memerlukan graduan bukan hanya bijak akademik, tetapi berketerampilan dalam kemahiran insaniah dan kemahiran interpersonal. Dengan iklim pendidikan tinggi yang semakin mencabar dan pasaran pekerjaan serta ekonomi global yang kompetitif, mahasiswa perlu meneliti kesiap-siagaan mental dan fizikal dalam menentukan aras prestasi sebagai mahasiswa yang kompeten dan berdaya saing.
 
Demikian menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir  yang hadir menyampaikan amanat dalam Majlis Amanat Naib Canselor UMP dan Lafaz Ikrar Mahasiswa sempena Minggu Induksi Pelajar baharu (MINDS) yang berlangsung hari ini di Kompleks Sukan UMP.  Beliau turut menasihat mahasiswa agar dapat memainkan peranan dan memberi tumpuan terhadap agenda Transformasi Nasional (TN50) bagi menentukan acuan Negara yang akan dibentuk untuk generasi akan datang.
 
Selain itu dengan selaras dengan tema "Memasyarakatkan Teknologi" , UMP  turut mendorong penyertaan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelaan yang amat signifikan dalam konteks memupuk jiwa prihatin dalam diri mahasiswa bersama masyarakat luar.
Dalam majlis ini seramai 2145 mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang (UMP) hadir membaca ikrar yang diketuai pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Twang Weng Fung di hadapan Naib Canselor UMP dan  barisan ahli Senat Universiti untuk berusaha mencapai kecemerlangan dan kegemilangan universiti ini.
 
Majlis dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Yusoff, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat & Kualiti),  Profesor Dato’ Dr. Ishak Ismail dan Pendaftar, Abd. Hamid Majid.
 
Pada masa yang sama Prof. Dato’ Dr. Daing turut menyampaikan sumbangan Intensif Pendidikan bernilai RM 1000 kepada dua orang pelajar baharu menjadikn seramai 22 orang  yang mempunyai latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin menerima manfaat. Inisiatif ini merupakan salah satu program di bawah MyGift UMP dalam meringankan beban pelajar untuk mendaftar masuk universiti. Pemilihan pelajar yang memerlukan bantuan ini adalah berdasarkan saringan di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni  yang  bertujuan bagi membolehkan para mahasiswa baharu yang mempunyai masalah kewangan  memulakan pengajian di sini.
 
Dalam pada itu Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Mad Yasir Ahmad Basir menyampaikan replika cek berjumlah 25 ribu kepada Naib Canselor UMP sebagai sumbangan merelaisasikan Kempen Mahasiswa Membina Masjid UMP hasil sumbangan mahasiswa universiti.

 

 

 

Kuantan, 29 Ogos- Mahasiswa universiti dituntut memaknakan kehidupan kampus dengan mengejar kecemerlangan dalam membina keunggulan peribadi, pengajian dan  cita-cita kerana universiti adalah tempat semaian membentuk intelektualisme diri untuk menjadi insan yang boleh berbakti untuk agama, bangsa dan negara.  

"Universiti berperanan membentuk individu seimbang yang bukan sahaja pandai namun dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Justeru,  UMP memperkenalkan Sistem Purata Penilaian Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA)  yang sedang dilaksanakan di universiti ini bagi menilai kebolehan graduan bukan sahaja daripada segi peningkatan akademik malah turut menilai kebolehan pelajar dalam bidang keusahawanan, kemampuan pengurusan, kemahiran sosial dan berkomunikasi," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim. 

 

Katanya, pelaksanaan Sistem Profil Pelajar di universiti juga mampu memenuhi kehendak industri moden masa kini yang memerlukan graduan bukan hanya bijak akademik, tetapi berketerampilan dalam kemahiran insaniah dan kemahiran interpersonal. Dengan iklim pendidikan tinggi yang semakin mencabar dan pasaran pekerjaan serta ekonomi global yang kompetitif, mahasiswa perlu meneliti kesiap-siagaan mental dan fizikal dalam menentukan aras prestasi sebagai mahasiswa yang kompeten dan berdaya saing.

Demikian menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir  yang hadir menyampaikan amanat dalam Majlis Amanat Naib Canselor UMP dan Lafaz Ikrar Mahasiswa sempena Minggu Induksi Pelajar baharu (MINDS) yang berlangsung hari ini di Kompleks Sukan UMP.  Beliau turut menasihat mahasiswa agar dapat memainkan peranan dan memberi tumpuan terhadap agenda Transformasi Nasional (TN50) bagi menentukan acuan Negara yang akan dibentuk untuk generasi akan datang.

   

Selain itu dengan selaras dengan tema "Memasyarakatkan Teknologi" , UMP  turut mendorong penyertaan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelaan yang amat signifikan dalam konteks memupuk jiwa prihatin dalam diri mahasiswa bersama masyarakat luar.

Dalam majlis ini seramai 2145 mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang (UMP) hadir membaca ikrar yang diketuai pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Twang Weng Fung di hadapan Naib Canselor UMP dan  barisan ahli Senat Universiti untuk berusaha mencapai kecemerlangan dan kegemilangan universiti ini. Majlis dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Yusoff, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat & Kualiti),  Profesor Dato’ Dr. Ishak Ismail dan Pendaftar, Abd. Hamid Majid.

 

Pada masa yang sama Prof. Dato’ Dr. Daing turut menyampaikan sumbangan Intensif Pendidikan bernilai RM 1000 kepada dua orang pelajar baharu menjadikn seramai 22 orang  yang mempunyai latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin menerima manfaat. Inisiatif ini merupakan salah satu program di bawah MyGift UMP dalam meringankan beban pelajar untuk mendaftar masuk universiti. Pemilihan pelajar yang memerlukan bantuan ini adalah berdasarkan saringan di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni  yang  bertujuan bagi membolehkan para mahasiswa baharu yang mempunyai masalah kewangan memulakan pengajian di sini.

Dalam pada itu Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Madyasir Ahmad Basir menyampaikan replika cek bernilai 25,000 ringgit kepada Naib Canselor UMP sebagai sumbangan merealisasikan Kempen Mahasiswa Membina Masjid UMP hasil sumbangan mahasiswa universiti.

 

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 29-08-2017, 14:44:44