Pelajar SK Tanah Puteh Lawat kampus universiti


 

 

 

 

Pekan, 25 Ogos – Seramai 41 orang pelajar dan 10 orang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh berkunjung ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam program Rileks Minda sebagai program intensif bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal diduduki tidak lama lagi.
Bagi guru penyelaras program, Rafidah Mohd Darus berkata, lawatan ini diadakan bagi membakar semangat dan menenangkan fikiran serta mengurangkan tekanan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan pada awal bulan September nanti.
“Selain itu, ianya dapat meningkatkan moral pelajar tentang pentingnya mencapai keputusan cemerlang bagi masa depan yang cerah. Ketika ini rata-rata sekolah berusaha gigih mengatur strategi dan pendekatan untuk memberi semangat dan motivasi pelajar,” katanya.
Pelajar juga berpeluang merasai pengalaman berada dalam kampus 
dan menimba pengetahuan sewaktu melawat kilang Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) yang terletak di Pekan.
Hadir menyampaikan taklimat, Penolong Pendaftar Bahagian Komunikasi Korporat, Nadira Hana Ab Hamid yang menerangkan latar belakang universiti dan program yang ditawarkan UMP. Pelajar turut berpeluang melawat kemudahan di Perpustakaan dan Pusat Sumber termasuklah bilik perbincangan, bilik tayangan dan sekitar kampus. 
 
Disediakan oleh Nur Laila Afandi dari Bahagian Komunikasi dan Korporat.

Pekan, 25 Ogos – Seramai 41 orang pelajar dan 10 orang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh berkunjung ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam program Rileks Minda sebagai program intensif bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal diduduki tidak lama lagi.

 

Bagi guru penyelaras program, Rafidah Mohd Darus berkata, lawatan ini diadakan bagi membakar semangat dan menenangkan fikiran serta mengurangkan tekanan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan pada awal bulan September nanti.

 

 

 

“Selain itu, ianya dapat meningkatkan moral pelajar tentang pentingnya mencapai keputusan cemerlang bagi masa depan yang cerah. Ketika ini rata-rata sekolah berusaha gigih mengatur strategi dan pendekatan untuk memberi semangat dan motivasi pelajar,” katanya.

 

Pelajar juga berpeluang merasai pengalaman berada dalam kampus dan menimba pengetahuan sewaktu melawat kilang Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) yang terletak di Pekan.

 

 

 

Hadir menyampaikan taklimat, Penolong Pendaftar Bahagian Komunikasi Korporat, Nadira Hana Ab Hamid yang menerangkan latar belakang universiti dan program yang ditawarkan UMP. Pelajar turut berpeluang melawat kemudahan di Perpustakaan dan Pusat Sumber termasuklah bilik perbincangan, bilik tayangan dan sekitar kampus. 

 

Disediakan oleh Nur Laila Afandi dari Bahagian Komunikasi dan Korporat.

 




Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 28-08-2017, 12:53:27