FKASA kongsi kepakaran dalam kejuruteraan tanah

Gambang, 10 Ogos - Fakulti kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan bengkel Introductory Course on Peat Soil Engineering bagi memberi pendedahan terhadap kejuruteraan tanah gambut serta proses-proses pengambilan sampel tanah bagi tujuan pembinaan dan sebagainya.
Menurut Dekan FKASA, Dr. Mohamad Idris Ali berkata, peserta yang hadir berpeluang menambah ilmu pengetahuan mengenai jenis-jenis tanah yang sesuai untuk pembinaan dan bagaimana menentukan kaedah yang sesuai untuk merawat tanah sebelum ianya dapat dimanfaatkan bagi tujuan tertentu.
“Penyertaan mereka juga membolehkan peserta diberikan lima mata CPD dan 10 mata CCD daripada pihak Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),” katanya yang hadir menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang terdiri daripada daripada agensi kerajaan, swasta dan pelajar institusi pendidikan tinggi.
Bagi pensyarah FKASA, Dr. Youventharan A/L Duraisamy berkata, tanah gambut asalnya tidak sesuai untuk pembinaan namun ianya boleh dirawat mengikut jenis tanah dan kaedah tertentu. Hadir sama dalam program ialah Perunding W&W, Ir. Wan Saidi Wan Yahya menyatakan sokongan beliau terhadap program ini pada masa akan datang yang boleh dikongsikan dengan pekerja lain. 
Disediakan Wan Muslimin Wan Nawang dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumer Alam 

Disediakan Wan Muslimin Wan Nawang dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam 

Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 24-08-2017, 09:11:37