FKEE bantu pelajar minat dalam STEM

Pekan, 15 Julai- Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan pameran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) bersempena program NBOS ‘My New School’ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kluster Kg. Acheh yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan jumlah pelajar kurang daripada 100 orang dan bilangan guru hanya seramai 13 orang.
Menurut pensyarah UMP, Profesor Madya Dr. Hamzah Ahmad, pihak sekolah menerima bangunan baharu di sekolah di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) baru-baru ini.
“Dalam program ini pihak fakulti  mengadakan pameran untuk memberi pendedahan tentang bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara terus kepada masyarakat dengan memperkenalkan program Lego Mindstorm yang merupakan satu perkakasan yang digunakan sebagai satu kaedah pendidikan untuk mencetus idea, meningkatkan daya kreatif, dan inovasi pelajar,” katanya.
Tambah beliau pelajar bebas mereka bentuk sebarang mesin dan robot untuk diaplikasikan menerusi binaan lego. Melalui Sains, Matematik dan Pengaturcaraan, mesin ini dapat digerakkan dan mencapai apa yang pelajar ingin laksanakan terhadap projek mereka. Selain itu, pelbagai mesin dan robot yang dipamerkan oleh pihak FKEE termasuklah Printerbot, Elephant Bot dan Sorter bot.  
 
Hadir merasmikan majlis, ADUN Bebar, YB. Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff. Lebih 1000 orang hadir memeriahkan program yang turut disertai komuniti setempat termasuk pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian, Bank Rakyat, Tourism Pahang dan beberapa agensi lain.
 
Disediakan oleh Nur Laila Afandi dan disunting oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 23-08-2017, 10:43:18