Kem Saintis Muda Suntik Elemen STEM

Kuantan, 16 Ogos – Kem Saintis Muda 2017  anjuran Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Kelab GoGoGreen Negeri Pahang berjaya menyuntik elemen celik Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 
Lebih 100 orang pelajar membabitkan penyertaan lima buah sekolah sekitar Kuantan   terpilih menyertai program yang berlangsung di universiti ini. Penyertaan membabitan pelajar SMK Semambu, SMK Gambang, SMK Sultanah Hajjah Kalsom, SMK Mat Kilau, dan SMK Lepar.
Menurut pengarah program, Dr.Saifful Kamaluddin Muzakir berkata, kem ini bukan sahaja mendedahkan pelajar dengan alatan di dalam makmal malah penggunaan bahan semulajadi sebagai sumber tenaga di dalam aktiviti kehidupan seharian.
“Program ini dijalankan sebagai inisiatif JPN Pahang untuk menambahbaik peratusan pelajar dalam bidang sains yang didapati semakin menurun. Ianya juga memberi pendedahan kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis berdasarkan hasil ujikaji sains yang dijalankan,” katanya.
Tambahan, para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan peralatan sains terkini di makmal FIST. Selain itu, bagi mengekalkan momentum minat pelajar terhadap sains mereka telah dibekalkan kelengkapan makmal setiap seorang. Pendekatan ini digunakan untuk memupuk pemikiran dan jati diri pelajar tersebut sebagai seorang saintis.
Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang kem berlangsung termasuklah pertandingan bot solar. Aktiviti ini memerlukan pelajar memasang sel solar mereka sendiri dengan berpandukan manual yang diberikan. Pemenang ditentukan berdasarkan bot yang terpantas sampai ke garisan penamat.
Turut hadir adalah Dekan FIST, Profesor Madya Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim yang berpandangan program seperti ini harus diteruskan agar dapat memperkasakan bakat pelajar dari seawal peringkat sekolah melalui pembelajaran bercorak interaktif. Malahan katanya mampu menampung keperluan aset negara pada masa akan datang.  Hadir sama pegawai  Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Rohana Moin dan Pengerusi Kelab GoGoGreen, Profesor Dr. Zafri Azran Abd Majid.
Bagi peserta program, Muhammad Faiz Azhari yang merupakan pelajar tingkatan dua SMK Semambu, berliau gembira dapat mempelajari tentang sel solar secara mendalam yang boleh diaplikasikan untuk manfaat dalam kehidupan seharian. 
Disediakan oleh Nur Laila Afandi dan disunting oleh Bahagian Komunikasi Korporat.
 
Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 21-08-2017, 14:51:37