Pelajar UMP terpilih dalam ASEAN Youth Summer Camp di China


 

China, 9 Ogos- Tiga mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya dipilih mengikuti ASEAN Summer Camp Progarm di Guizhou Minzu University, China selama dua minggu bermula 27 Julai hingga 9 Ogos baru-baru ini.
Program Mobiliti Bahasa Mandarin tajaan biasiswa Institut Konfucius atas anjuran Ibu Pejabat Institut Konfucius (HANBAN) ini mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan China, Kementerian Luar Negeri China dan Kerajaan Cuizhou Provinsi. Tajaan biasiswa merangkumi semua kos sepanjang pengajian di Guizhou seperti yuran pengajian, yuran kediaman, yuran makan-minum, tiket lawatan, kos perubatan.
Menurut Pengarah Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan Cina UMP, Yong Ying Mei, berkata pelajar UMP telah menunjukkan semangat dan dedikasi dalam mempelajari Bahasa Mandarin yang tidak berkredit sejak tahun pertama sehingga tahun keempat di UMP. Mereka juga membuat persediaan yang banyak sebelum sesi temu duga biasiswa diadakan.
“Sebanyak 300 peserta dari negara ASEAN dipilih seperti Thailand, Indonesia, Brunai, Mynmar, Vietnam, Laos, Filipina, Kemboja dan Malaysia. Pelajar UMP terpilih kerana cemerlang dalam Ujian Kefasihan Bahasa Mandarin ‘Hanyu Shuiping Kaoshi’ (HSK) tahap 3 dan lulus dalam temu duga yang melalui telefon sebelum memulakan pengajian di Guizhou Minzu University ketika cuti semester pengajian,” katanya.
Bagi pelajar UMP, Khairunnisa Che Hassan, 24, dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian UMP menyifatkan program mobiliti itu satu pengalaman yang menarik kerana dapat mengenali mahasiswa yang dari Negara ASEAN. Beliau tidak menyangka hasil pembelajaran sebelum ini membolehkannya bertutur Bahasa Mandarin dan menjadikannya lebih berani serta yakin bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan lancar.
Manakala bagi Farah Aqilah Mustafa, 23, dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam berpeluang mempelajari budaya dan Bahasa Mandarin dengan lebih mendalam sepanjang berada di China. Walaupun hanya mula belajar Bahasa Mandarin dari tahun pertama hingga tahun keempat di universiti namun dapat memahami penggunaan bahasa Cina. Beliau berhasrat untuk belajar lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajari tulisan Cina memandangkan banyak lagi tulisan Cina di jalan mahupun di kedai yang masih belum difahami. 
Sementara itu, Tharushini A/P Thiagarajan, 24, dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam  turut berkongsi pengalaman paling menyeronokkan semasa gabungan kelas dengan peserta dari negara ASEAN yang berbeza pada setiap hari. Beliau berkenalan dengan pelajar dari negara ASEAN yang masing-masing bertutur dalam Bahasa Mandarin. Pengalaman belajar di China merupakan hadiah sebelum menamatkan pengajian dan bakal bergraduasi pada konvokesyen akan datang yang pastinya menjadi kenangan yang tidak dilupakan.
Peserta juga berpeluang mempelajari bahasa Mandarin, seni budaya Cina, menyertai aktiviti sukan, melawat beberapa destinasi yang di Guizhou seperti Huangguoshu waterfall, Guizhou Provicial Musuem dan  Minoriti Culture Musuem of Guizhou.
 
Disediakan oleh Yong Ying Mei dari Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan Cina UMP

 

 

 

China, 9 Ogos- Tiga mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya dipilih mengikuti ASEAN Summer Camp Program di Guizhou Minzu University, China selama dua minggu bermula 27 Julai hingga 9 Ogos baru-baru ini.

Program Mobiliti Bahasa Mandarin tajaan biasiswa Institut Konfucius atas anjuran Ibu Pejabat Institut Konfucius (HANBAN) ini mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan China, Kementerian Luar Negeri China dan Kerajaan Guizhou Provinsi. Tajaan biasiswa merangkumi semua kos sepanjang pengajian di Guizhou seperti yuran pengajian, yuran kediaman, yuran makan-minum, tiket lawatan, kos perubatan.

 

Menurut Pengarah Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan Cina UMP, Yong Ying Mei, berkata pelajar UMP telah menunjukkan semangat dan dedikasi dalam mempelajari Bahasa Mandarin yang tidak berkredit sejak tahun pertama sehingga tahun keempat di UMP. Mereka juga membuat persediaan yang banyak sebelum sesi temu duga biasiswa diadakan.

 

“Sebanyak 300 peserta dari negara ASEAN dipilih seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Myanmar, Vietnam, Laos, Filipina, Kemboja dan Malaysia. Pelajar UMP terpilih kerana cemerlang dalam Ujian Kefasihan Bahasa Mandarin ‘Hanyu Shuiping Kaoshi’ (HSK) tahap 3 dan lulus dalam temu duga yang melalui telefon sebelum memulakan pengajian di Guizhou Minzu University ketika cuti semester pengajian,” katanya.

 

Bagi pelajar UMP, Khairunnisa Che Hassan, 24, dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian UMP menyifatkan program mobiliti itu satu pengalaman yang menarik kerana dapat mengenali mahasiswa yang dari Negara ASEAN. Beliau tidak menyangka hasil pembelajaran sebelum ini membolehkannya bertutur Bahasa Mandarin dan menjadikannya lebih berani serta yakin bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan lancar.

 

 

 

 

Manakala bagi Farah Aqilah Mustafa, 23, dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam berpeluang mempelajari budaya dan Bahasa Mandarin dengan lebih mendalam sepanjang berada di China. Walaupun hanya mula belajar Bahasa Mandarin dari tahun pertama hingga tahun keempat di universiti namun dapat memahami penggunaan bahasa Cina. Beliau berhasrat untuk belajar lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajari tulisan Cina memandangkan banyak lagi tulisan Cina di jalan mahupun di kedai yang masih belum difahami. 

 

Sementara itu, Tharushini A/P Thiagarajan, 24, dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam  turut berkongsi pengalaman paling menyeronokkan semasa gabungan kelas dengan peserta dari negara ASEAN yang berbeza pada setiap hari. Beliau berkenalan dengan pelajar dari negara ASEAN yang masing-masing bertutur dalam Bahasa Mandarin. Pengalaman belajar di China merupakan hadiah sebelum menamatkan pengajian dan bakal bergraduasi pada konvokesyen akan datang yang pastinya menjadi kenangan yang tidak dilupakan.

 

Peserta juga berpeluang mempelajari bahasa Mandarin, seni budaya Cina, menyertai aktiviti sukan, melawat beberapa destinasi yang di Guizhou seperti Huangguoshu waterfall, Guizhou Provicial Museum dan  Minoriti Culture Museum of Guizhou.

 

Disediakan oleh Yong Ying Mei dari Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan Cina UMP

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 21-08-2017, 11:58:29