Kepentingan Matematik dalam Industri


Kuantan, 10 Ogos – Buat julung kalinya Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI)  dengan kerjasama Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Society for Industrial and Applied Mathematics (SIAM), Persatuan Sains dan Matematik (PERSAMA) dan Institut Statistik Malaysia (ISM) menganjurkan persidangan antarabangsa International Conference on Applied & Industrial Mathematics and Statistics 2017 (ICoAIMS 2017) bertempat di Hotel Vistana Kuantan, Pahang baru-baru ini.
 
Persidangan tiga hari ini  telah dirasmikan oleh  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus. Hadir sama Dekan Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST), Prof. Madya Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim.
 
Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Dato Rosli mengucapkan tahniah di atas penganjuran persidangan ini yang banyak memberi manfaat kepada semua pihak yang telah menjayakan persidangan ini. Katanya, menerusi persidangan ini dapat menjadi  platform bagi penyelidik dan pengamal sains matematik serta statisktik untuk berkongsi pengalaman penyelidikan dan idea mereka.
 
“Ramai masih menganggap Matematik merupakan suatu kursus yang agak asing dalam industri dan penggunaannya adalah tidak menyeluruh. Namun, pada hakikatnya Matematik boleh menyelesaikan pelbagai masalah dalam industri dengan lebih sistematik,” katanya.
 
Dengan bertemakan Bridging Mathematics & Industry ianya dipilih selari dengan agenda transformasi negara bagi menjadikan keperluan industri keutamaan dalam pendidikan tinggi di Malaysia terutama dalam pengkhususan Matematik.
 
Katanya, ianya merupakan hasil idea di sebalik agenda penyelidikan translasi yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato 'Seri Idris Jusoh pada tahun 2017 dalam Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017.
 
Beliau mengharapka semua peserta dapat mengambil peluang yang  ada ini dengan mewujudkan kerjasama strategik dan penyelidikan antara institusi serta memberi pendedahan kepada delegasi berkaitan kepentingan Matematik dalam industri.
 
Manakala bagi pengarah program, Prof Madya Dr Mohd Zuki Salleh berkata,  sambutan yang diterima amat menggalakkan dalam persidangan ini yang disertai lebih 200 peserta dalam pelbagai skop matematik dan statistik dari dalam dan luar negara.
 
Selain peserta dari Malaysia terdapat peserta dari luar negara seperti dari  negara seperti Korea Selatan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Thailand, Turkey, Oman, Iran, Filipina, Kazakstan, Nigeria, Sudan, India, Sri Lanka dan Arab Saudi.
 
Di samping itu, skop pembentangan termasuklah  Applied & Industrial Mathematics, Computing Mathematics, Operational Research dan Statistics & Applied Statistics.
 
Persidangan juga menampilkan pakar industri seperti  Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia,  Dr Mohd Uzir Mahidin, Prof Dr Basuki Widodo dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia), Dr Subiono (Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia dan Prof. Dr Abdul Ghapor Hussin (Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.
 
Disediakan Nor Salwana Mohd Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat

Kuantan, 10 Ogos – Buat julung kalinya Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI)  dengan kerjasama Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Society for Industrial and Applied Mathematics (SIAM), Persatuan Sains dan Matematik (PERSAMA) dan Institut Statistik Malaysia (ISM) menganjurkan persidangan antarabangsa International Conference on Applied & Industrial Mathematics and Statistics 2017 (ICoAIMS 2017) bertempat di Hotel Vistana Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Persidangan tiga hari ini  telah dirasmikan oleh  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus. Hadir sama Dekan Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST), Prof. Madya Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim.

Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Dato Rosli mengucapkan tahniah di atas penganjuran persidangan ini yang banyak memberi manfaat kepada semua pihak yang telah menjayakan persidangan ini. Katanya, menerusi persidangan ini dapat menjadi  platform bagi penyelidik dan pengamal sains matematik serta statisktik untuk berkongsi pengalaman penyelidikan dan idea mereka.

“Ramai masih menganggap Matematik merupakan suatu kursus yang agak asing dalam industri dan penggunaannya adalah tidak menyeluruh. Namun, pada hakikatnya Matematik boleh menyelesaikan pelbagai masalah dalam industri dengan lebih sistematik,” katanya.

Dengan bertemakan Bridging Mathematics & Industry ianya dipilih selari dengan agenda transformasi negara bagi menjadikan keperluan industri keutamaan dalam pendidikan tinggi di Malaysia terutama dalam pengkhususan Matematik.

 

Katanya, ianya merupakan hasil idea di sebalik agenda penyelidikan translasi yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato 'Seri Idris Jusoh pada tahun 2017 dalam Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017.

Beliau mengharapkan semua peserta dapat mengambil peluang yang  ada ini dengan mewujudkan kerjasama strategik dan penyelidikan antara institusi serta memberi pendedahan kepada delegasi berkaitan kepentingan Matematik dalam industri.

Manakala bagi pengarah program, Prof Madya Dr Mohd Zuki Salleh berkata,  sambutan yang diterima amat menggalakkan dalam persidangan ini yang disertai lebih 200 peserta dalam pelbagai skop matematik dan statistik dari dalam dan luar negara.

Selain peserta dari Malaysia terdapat peserta dari luar negara seperti dari  negara seperti Korea Selatan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Thailand, Turkey, Oman, Iran, Filipina, Kazakstan, Nigeria, Sudan, India, Sri Lanka dan Arab Saudi.

Di samping itu, skop pembentangan termasuklah  Applied & Industrial Mathematics, Computing Mathematics, Operational Research dan Statistics & Applied Statistics.

Persidangan juga menampilkan pakar industri seperti  Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia,  Dr Mohd Uzir Mahidin, Prof Dr Basuki Widodo dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia), Dr Subiono (Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia dan Prof. Dr Abdul Ghapor Hussin (Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.

 

Disediakan Nor Salwana Mohd Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat

 



Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 21-08-2017, 11:21:17