Fahmi timba pengalaman di China


 

China, 3 Ogos- Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), Fahmi Muhammad Rasyid Rabuan, 21, pelajar tahun dua dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) yang memenangi tempat kedua dalam  pertandingan 'China Bridge' peringkat Kebangsaan berpeluang menyaksikan Pertandingan ‘The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students’ yang diadakan di Changsha, China baru-baru ini. 
Dengan kemenangan yang diraih Fahmi menerima tajaan bersama pemenang tempat pertama iaitu Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke China. Pertandingan ini dikhususkan untuk peserta asing bukan penutur bahasa Cina membabitkan penyertaan dari pelbagai negara.
Menurut Fahmi beliau mempersembahkan ucapan awam dan permainan Yoyo Cina sewaktu beraksi di peringkat kebangsaan dan menewaskan 26 peserta lain yang mewakili institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
“Saya belajar bahasa Cina sejak dari tahun satu hingga tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cini (SJKC) Kwong Hon, Kuala Lumpur. Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar mempamerkan kemahiran, pengetahuan dan bakat mereka sambil menggalakkan mereka menambah kemahiran berbahasa Cina selain mempelajari budaya masyarakat Cina,” katanya.
Tambah beliau, pelajar diuji atas kemahiran berbahasa, membaca dan memahami sejarah dan budaya. Pesaing juga perlu melakukan bakat yang berkaitan dengan bahasa atau budaya Cina seperti muzik, tarian, persembahan teater sebagai persembahan mereka.
Dengan pengalaman yang ditimba beliau mengharapkan dapat beraksi dalam Pertandingan World Chinese Bridge Proficiency Competition pada tahun hadapan.
Beliau juga berazam ingin mengharumkan nama universiti dan negara ke peringkat dunia seperti sahabatnya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul yang telah meraih johan dalam pertandingan itu.
-habis-
Berita disediakan oleh Siti Sarah Mohamad Rajimi, dan disunting oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

 

 

 

China, 3 Ogos- Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), Fahmi Muhammad Rasyid Rabuan, 21, pelajar tahun dua dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) yang memenangi tempat kedua dalam  pertandingan 'China Bridge' peringkat Kebangsaan berpeluang menyaksikan Pertandingan ‘The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students’ yang diadakan di Changsha, China baru-baru ini. 

Dengan kemenangan yang diraih Fahmi menerima tajaan bersama pemenang tempat pertama iaitu Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke China. Pertandingan ini dikhususkan untuk peserta asing bukan penutur bahasa Cina membabitkan penyertaan dari pelbagai negara.

 

 

 

Menurut Fahmi beliau mempersembahkan ucapan awam dan permainan Yoyo Cina sewaktu beraksi di peringkat kebangsaan dan menewaskan 26 peserta lain yang mewakili institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

“Saya belajar bahasa Cina sejak dari tahun satu hingga tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cini (SJKC) Kwong Hon, Kuala Lumpur. Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar mempamerkan kemahiran, pengetahuan dan bakat mereka sambil menggalakkan mereka menambah kemahiran berbahasa Cina selain mempelajari budaya masyarakat Cina,” katanya.

Tambah beliau, pelajar diuji atas kemahiran berbahasa, membaca dan memahami sejarah dan budaya. Pesaing juga perlu melakukan bakat yang berkaitan dengan bahasa atau budaya Cina seperti muzik, tarian, persembahan teater sebagai persembahan mereka.

 

   

 

Dengan pengalaman yang ditimba beliau mengharapkan dapat beraksi dalam Pertandingan World Chinese Bridge Proficiency Competition pada tahun hadapan. Beliau juga berazam ingin mengharumkan nama universiti dan negara ke peringkat dunia seperti sahabatnya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul yang telah meraih johan dalam pertandingan itu.

 


Berita disediakan oleh Siti Sarah Mohamad Rajimi, dan disunting oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 21-08-2017, 11:13:36