Hari Raya Komuniti Antarabangsa UMP Meriah

Kuantan, 8 Julai- Seramai 250 orang komuniti antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri daripada pelajar dan staf antarabangsa hadir dalam Majlis Sambutan Aidilfitri 2017 anjuran Pejabat Antarabangsa bertempat di Dewan Astaka, UMP Gambang baru-baru ini.
 
Sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang, Datuk Mark Ujin dan staf agensi lain termasuklah dari Jabatan Imigresen Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan dan wakil dari Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Gambang.
 
Menurut Pengarah Pejabat Antarabangsa, Prof Madya Dr. Ainol Haryati Ibrahim berkata, sambutan yang dianjurkan mereka bertujuan merapatkan ikatan persaudaraan selain meraikan bersama kemeriahan berhari raya.
 
“Program ini juga dapat dimanfaatkan warga kampus yang berpeluang bertemu dan  bersuai kenal dengan pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan pelajar antarabangsa terutamanya melibatkan urusan visa dan pas pelajar, lesen memandu serta lain-lain,” katanya.
 
Bagi pelajar dari Nigeria, Chinonso Ishmae Ukaegbu, 24,yang menuntut di Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian, berkata sambutan tahun ini merupakan tahun ketiga beliau beraya di Malaysia. Katanya, kepelbagaian sambutan di Malaysia membuatkan saya kagum seperti satu perayaan disambut bersama oleh semua. Walaupun jauh dari kampung halaman namun masih berpeluang meraikan Syawal bersama-raka-rakan walaupun jauh dari kampung halaman.
 
Manakala Fahim Fayyaz,25 dari Afghanistan melahirkan rasa seronok berpeluang bertemu rakan-rakan  dalam merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Mereka bukan sahaja dapat menikmati juadah raya seperti soto ayam, nasi minyak dan lemang malahan terdapat menu antarabangsa seperti menu sajian dari negara Pakistan termasuklah Chicken Karhahi,Chicken Biryani dan Channa Chaat. Lain-lain sajian Bangladesh seperti Jorda (Sweet rice), Rosho Golla (Sweet), Samosa dan Firni. 

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 11-07-2017, 15:43:37