UMP sasar lebih banyak emas dalam MASUM 2017


 

Kuantan, 7 Julai -  Seramai 240 atlet Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia 2017 (MASUM) yang sedang berlangsung pada 8 Julai 2017 sehingga 22 Julai 2017 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Bangi.
Kejohanan kali ini menyaksikan UMP ini mengambil bahagian dalam 15 acara sukan iaitu bola keranjang, ragbi, bola tampar, tenpin boling, sepak takraw, taekwando, renang, olahraga, karate, boling padang, tenis, bola jaring, bola baling, memanah dan catur.
Majlis penyerahan bendera universiti disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMP, Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin kepada Ketua  kontinjen, Mohd Azharishah Satar dalam majlis yang berlangsung di Dataran Kompleks Sukan UMP Gambang.  Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, dengan semangat kesukanan yang tinggi beliau percaya UMP mampu bersaing dalam karnival tersebut di samping memelihara imej dan nama baik universiti itu.
 
“Saya berharap para kontigen dapat mengambil peluang ini sebaik mungkin bagi meraih kejayaan dalam acara sukan masing-masing. Kekalkan semangat semasa sesi latihan bulan puasa lalu diteruskan pada pertandingan itu nanti. Kita yakin dengan semangat dan usaha keras ini akan memberi kejayaan kepada semua atlit,” katanya.
Baginya menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun diharapkan para atlet menyahut cabaran dengan menunjukkan kesungguhan sepanjang kejohanan tersebut. Diharapkan para atlet dabat memberikan yang terbaik seterusnya membina karektor dan semangat kesukanan
Selain itu, pihak pengurusan UMP  mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan pelajar yang sanggup mengorbankan waktu cuti semester untuk menjuang mengharumkan nama universiti dan kami sentiasa mendoakan semua kontigen UMP meraih kejayaan.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Hj Safie berkata, karnival tersebut untuk memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan silaturahim antara penuntut universiti dari seluruh negara. Katanya, sukan itu menjadi platform yang dapat merealisasikan hasrat UMP melahirkan lebih ramai penuntut yang berbakat dan berdaya saing dengan sasaran enam pingat emas kepada UMP.
Menurut ketua kontigen pula , Mohd Azharishah Satar Fauzi Musa yang merupakan atlet olahraga UMP yang turut mengetuai bacaan ikrar para atlet UMP mengharapkan kepulangan mereka nanti dapat meraih emas seterusnya mengharumkan nama universiti.
Hari kedua MASUM menyaksikan UMP berada di tangga ketiga terbaik dengan 11 pingat emas sumbangan Alex Tiong Sie Hung yang mengungguli acara renang. Lain-lain pingat adalah dua pingat perak dan lima gangsa bagi acara 

                     

Kuantan, 7 Julai -  Seramai 240 atlet Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia 2017 (MASUM) yang sedang berlangsung pada 8 Julai 2017 sehingga 22 Julai 2017 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Bangi.

Kejohanan kali ini menyaksikan UMP ini mengambil bahagian dalam 15 acara sukan iaitu bola keranjang, ragbi, bola tampar, tenpin boling, sepak takraw, taekwando, renang, olahraga, karate, boling padang, tenis, bola jaring, bola baling, memanah dan catur.

Majlis penyerahan bendera universiti disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMP, Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin kepada Ketua  kontinjen, Mohd Azharishah Satar dalam majlis yang berlangsung di Dataran Kompleks Sukan UMP Gambang.  Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, dengan semangat kesukanan yang tinggi beliau percaya UMP mampu bersaing dalam karnival tersebut di samping memelihara imej dan nama baik universiti.

               

“Saya berharap para kontigen dapat mengambil peluang ini sebaik mungkin bagi meraih kejayaan dalam acara sukan masing-masing. Kekalkan semangat semasa sesi latihan bulan puasa lalu diteruskan pada pertandingan itu nanti. Kita yakin dengan semangat dan usaha keras ini akan memberi kejayaan kepada semua atlit,” katanya.

Baginya menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun diharapkan para atlet menyahut cabaran dengan menunjukkan kesungguhan sepanjang kejohanan tersebut. Diharapkan para atlet dapat memberikan yang terbaik seterusnya membina karektor dan semangat kesukanan

Selain itu, pihak pengurusan UMP menghargai pengorbanan pelajar yang sanggup mengorbankan waktu cuti semester untuk menjuang mengharumkan nama universiti dan kami sentiasa mendoakan semua kontigen UMP meraih kejayaan.

                      

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Hj Safie berkata, karnival tersebut untuk memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan silaturahim antara penuntut universiti dari seluruh negara. Katanya, sukan itu menjadi platform yang dapat merealisasikan hasrat UMP melahirkan lebih ramai penuntut yang berbakat dan berdaya saing dengan sasaran enam pingat emas kepada UMP.

Menurut ketua kontigen pula , Mohd Azharishah Satar Fauzi Musa yang merupakan atlet olahraga UMP yang turut mengetuai bacaan ikrar para atlet UMP mengharapkan kepulangan mereka nanti dapat meraih emas seterusnya mengharumkan nama universiti.

Hari kedua MASUM menyaksikan UMP berada di tangga ketiga terbaik dengan 11 pingat emas sumbangan Alex Tiong Sie Hung yang mengungguli acara renang. Alex juga membawa pulang satu perak dan tiga gangsa. Menambah mata kemenangan sumbangan acara sukan Taekwando apabila Cheong Pui Kei meraih satu pingat perak bagi acara Taekwando (Poomse) serta dua pingat gangsa oleh Anati Abdullah bagi kategori Bantam dan Hannan Zamri bagi kategori Fin.

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC 



Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 11-07-2017, 16:26:26