JKNCR himpun Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam


 

Serdang, 21 April- Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor (JKNC) Universiti Awam (UA) yang menghimpunkan 20 orang Naib Canselor dan Rektor UA yang berlangsung selama dua hari bertempat di UPM baru-baru ini.
Jawatankuasa yang  menghimpunkan semua Naib Canselor dan Rektor UA setiap tiga bulan ini turut berperanan bagi membincangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti.
Menurut Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim merangkap Pengerusi JKNC Universiti Awam berkata, mesyuarat ini merupakan kali kedua diadakan pada tahun ini yang menyaksikan UPM menjadi tuan rumah dengan  jayanya.
“Jawatankuasa ini berperanan sebagai sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara. Selain itu memainkan peranan yang amat besar dan signifikan dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju,” katanya.
Sementara itu, JKNC merupakan sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara. Mesyuarat kali ini disertai seramai 13 Naib  Canselor dan Rektor  bersama tujuh wakil Naib Canselor yang menghadiri mesyuarat dan mengikuti aktiviti yang dijalankan.
Pelbagai aktiviti yang diaturkan sepanjang program tersebut antaranya lawatan di Hospital Veterinar universiti, Bangunan Post Mortem Klinik, Wad dan Bilik Pembedahan Haiwan Kesayangan dan Klinik Haiwan Besar.
Kemudahan rawatan yang disediakan ini merupakan kemudahan hospital untuk haiwan yang satu-satunya terdapat di tanah air. Antara aktiviti lain yang menarik seperti lawatan ke Muzium Warisan Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dan program penanaman pokok.
Turut berlangsung Mesyuarat Jaringan Universiti Teknikal (MTUN) membabitkan UMP, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMap).

 

Serdang, 21 April- Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor (JKNC) Universiti Awam (UA) yang menghimpunkan 20 orang Naib Canselor dan Rektor UA yang berlangsung selama dua hari bertempat di UPM baru-baru ini.

Jawatankuasa yang  menghimpunkan semua Naib Canselor dan Rektor UA setiap tiga bulan ini turut berperanan bagi membincangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim merangkap Pengerusi JKNC Universiti Awam berkata, mesyuarat ini merupakan kali kedua diadakan pada tahun ini yang menyaksikan UPM menjadi tuan rumah dengan  jayanya.

“Jawatankuasa ini berperanan sebagai sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara. Selain itu memainkan peranan yang amat besar dan signifikan dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju,” katanya.

 

Sementara itu, JKNC merupakan sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara. Mesyuarat kali ini disertai seramai 13 Naib  Canselor dan Rektor  bersama tujuh wakil Naib Canselor yang menghadiri mesyuarat dan mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Pelbagai aktiviti yang diaturkan sepanjang program tersebut antaranya lawatan di Hospital Veterinar universiti, Bangunan Post Mortem Klinik, Wad dan Bilik Pembedahan Haiwan Kesayangan dan Klinik Haiwan Besar.

Kemudahan rawatan yang disediakan ini merupakan kemudahan hospital untuk haiwan yang satu-satunya terdapat di tanah air. Antara aktiviti lain yang menarik seperti lawatan ke Muzium Warisan Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dan program penanaman pokok.

Turut berlangsung Mesyuarat Jaringan Universiti Teknikal (MTUN) membabitkan UMP, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMap).

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat

 



Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 27-04-2017, 11:06:13