Aliran bendalir dan kejuruteraan kimia menjadi fokus Persidangan FluidsChE 2017

Kota Kinabalu, 7 April – Seramai 150 peserta hadir dalam persidangan ‘International Conference of Fluids and Chemical Engineering 2017 (FluidsChE 2017) kali ke-2 bagi berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang aliran bendalir dan kejuruteraan kimia anjuran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berlangsung di TH Hotel, Kota Kinabalu Sabah baru-baru ini.
Majlis dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri  dan Masyarakat), Prof. Dr. Jamil Ismail yang turut dihadiri Pengarah CARIFF, Prof. Dr. Hayder A Abdulbari.
Menurut Prof. Dr. Jamil, penganjuran FluidsChE 2017 ini berjaya mengetengahkan aplikasi aliran bendalir bukan sahaja dalam sektor minyak dan gas, oleokimia, bioteknologi dan industri farmaseutikal, tetapi juga dalam bidang baru seperti nanoteknologi, biosensor dan microfluidic. “Bertemakan ‘Advancing Fluids Engineering for A Sustainable Future’ penganjuran selaras dengan bidang tumpuan CARIFF terhadap bidang tenaga, alam sekitar dan perubahan iklim serta penjagaan kesihatan,” katanya.
Sementara itu, Prof. Dr. Hayder berkata,  penyertaan persidangan ini melibatkan peserta dari dalam dan luar negara termasuklah Kazakhstan, Thailand, India, Iraq, Iran, Indonesia dan Pakistan. Selain itu, sebanyak 120 kertas kerja dibentangkan pada persidangan ini dan sebanyak 4 buah booth pameran juga turut dibuka.
Ujarnya, kertas kerja dalam persidangan ini akan diterbitkan dalam jurnal yang diindeks oleh Clarivate Analytics (dahulu dikenali sebagai Thompson Reuters ISI), manakala Web MATEC persidangan dan Buletin of Chemical Reaction Engineering & Catalysis juga diindeks oleh Scopus. Pada edisi kali ini sebanyak 60 kertas kajian telah diterbitkan sebelum persidangan berlangsung.
Dalam pada itu, ucaptama persidangan bertajuk ‘Commercializing Green Chemical Engineering’ oleh Prof. Dr. Pogaku Ravindra dari Universiti Malaysia Sabah membincangkan aplikasi teknologi hijau untuk penghasilan makanan, tenaga, bahan kimia dan ubat-ubatan. Beliau turut menerangkan mengenai proses penskalaan teknologi hijau dapat mengurangkan penggunaan alat unit operasi serta mengurangkan pencemaran.
Disediakan oleh: Dr. Jolius Gimbun, Co-chair FluidsChE 2017.

Disediakan oleh Dr. Jolius Gimbun dan disunting oleh Bahagian Komunikasi Korporat

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 11-04-2017, 12:43:31